Wednesday, 19 October 2016

Sharing Bab 2

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN


Antara definisi-definisi Perlembagaan adalah:

  • Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
  • Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa awam dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
  • Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. 

Peranan Perlembagaan:
  • Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

Jenis-jenis Perlembagaan:
  1. Perlembagaan bertulis.

    • Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
    • Contoh: Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
        2. Perlembagaan tidak bertulis.
    • Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen.
    • Contoh: Adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah.
    • Contoh: Negara yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis adalah New Zealand, United Kingdom dan Israel.
       

No comments:

Post a Comment