Monday 31 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH : 25 OKTOBER 2016

Apakah polemik yang timbul berkaitan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)? 


1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?
Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam
Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Jawapan:
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH : 25 OKTOBER 2016

SOALAN : Ringkaskan peristiwa Keranda 152.

Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac1967 di Balai BudayaDewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor Dewan MasyarakatDewan Sastera dan Dewan Budaya yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

LATAR BELAKANG KERANDA 152.
Semua orang Melayu di Malaysia dipelopori pejuang bahasa mahu mengangkat martabat bahasa Melayu ke tempat yang wajar di negara ini bagi menggantikan bahasa Inggerisyang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ketika itu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.
Apabila persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada Perikatan, janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10 tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu, bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains
Usman Awang 


KEMUNCAK DEMONSTRASI 3 MAC 1967
Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 ini telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya "Sajak Keranda 152".
Tetapi Peristiwa 13 Mei menjadi detik penting dan peluang terbaik untuk menukar status bahasa Melayu kepada bahasa pengantar, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang sebenar-benarnya dalam semua majlis dan semua perkara. Menteri Pelajaran yang berani bertindak ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub dari Sarawak. Konvensyen Ekonomi Melayu yang diadakan juga setuju menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan seberapa segera sebagai alternatif Universiti Malaya di Singapura yang ditubuhkan oleh penjajah British.

PERARAKAN KERANDA 152 KE-2 PADA 7 MAC 2009

Kemuncak bantahan besar-besaran terhadap dasar PPSMI adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat telah berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum derita lara pelajar yang mengikuti PPSMI sejak 2003 - 2009. Ini merupakan jalan terakhir yang terpaksa dilakukan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia masih mahu meneruskan dasar-dasar mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Bulan Mac dipilih kerana Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan diadakan pada bulan Mac. Himpunan Anti ISA juga dirancang pada bulan itu oleh Gerakan Mansuhkan ISADAPPASPKR dan NGO lain.[2]Rentetan dari perarakan tersebut nama-nama tokoh besar telah disiarkan di media arus perdana oleh polis kerana dikatakan cuba mencetuskan huru hara.

PERARAKAN KERANDA 152 KE-3 PADA 26 MAC 2016

Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin Prof Emeritus Shahrir Md Zain telah mengadakan satu Sidang Media pada 5 Januari 2016 bersama Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan yang diwakili Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). Dalam sidang media yang dianjurkan di Sekretariat ABIM, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) berkata memilih jalan terakhir untuk mengadakan perhimpunan bantahan secara aman di seluruh negara pada 26 Mac 2016. Tindakan ini kerana kecewa dan terkilan dengan sikap kerajaan yang tidak melayan segala usaha berbentuk rundingan bagi memansuhkan Program Dwi-Bahasa (DLP). GMP menyatakan, berdasarkan fakta kajian dan statistik telah jelas menunjukkan kegagalan dasar PPSMI yang mengorbankan 3 juta pelajar yang menelan belanja RM5.2 billion. Pihak GMP bertegas bahawa mekanisme pembelajaran subjek Bahasa Inggeris di sekolah yang harus ditingkatkan sekiranya mahu memastikan pelajar sekolah fasih berbahasa Inggeris bukan dengan cara mirip PPSMI atau DLP.
Pejuang Bahasa seterusnya bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan, aktivis NGO dan pakar sains telah mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membincangkan masa depan anak bangsa dan bahasa kebangsaan. Baginda Sultan Perak secara dasar bersetuju dengan kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bahawa sesuatu ilmu lebih berkesan dan mudah dikuasai sekiranya diajar dalam bahasa ibunda.
Kemuncak bantahan adalah pada 26 Mac 2016 apabila pejuang bahasa yang terdiri dari GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain-lain berarak mengusung Keranda 152 yang ketiga di ibu kota. Keranda 152 yang ketiga diusung sebagai menifestasi kegagalan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi payung untuk mempertahan kedaulatan bahasa kebangsaan. Walaupun perhimpunan itu telah diisytiharkan oleh polis sebagai haram dan bercanggah dengan undang-undang, kumpulan pejuang bahasa tetap tekad untuk mengusung Keranda 152 sebagai simbol perjuangan bahasa Melayu tidak pernah malap malah akan terus diperjuangkan oleh generasi akan datang.

Saturday 29 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 7

TARIKH: 25 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kenapa dan bagaimana orang melayu telah bekerjasama menentang Malayan Union. Hal ini memberi kesedaran kepada saya bahawa kaum melayu adalah kaum yang kuat jika bersatu. Selain itu, saya turut mempelajari tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di Mekah dan Madinah di mana Baginda mementingkan akidah dan akhlak terdahulu di Mekah, kemudiannya menguatkuasakan undang-undang Islam di Madinah. Maka dengan itu, saya berazam untuk memperbaiki dahulu akidah dan akhlak saya agar asas akidah dan akhlak saya utuh.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang bagaimana orang Melayu menentang Malayan Union. Orang melayu melakukan penentangan melalui akhbar, individu dan kolektif. Melalui individu, Dato' Onn Jaafar telah menulis surat untuk membuat gerakan Melayu supaya orang Melayu bersatu. Raja-raja melayu juga telah membuat pulauan terhadap Majlis Perlatikan Gabenor British. Walaupun isytihar telah dilakukan, namun ianya terpaksa dibatalkan atas sebab tiada sokongan oleh orang Melayu. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghargai jasa-jasa pejuang negara yang telah bersusah-payah memperjuangkan Malaysia.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang cara orang Melayu menentang Malayan Union. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka untuk menentang Malayan Union seperti melalui individu, kolektif dan akhbar kerana disebabkan Malayan Union, Sultan kehilangan kuasa dan taraf kewarganegaraan menjadi longgar. Maka dengan itu, saya berazam untuk mempertahankan Malaysian  supaya sentiasa damai dan tidak ada isu perkauman. Ini kerana kita perlu menghargai jasa pejuang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kehebatan orang melayu dan betapa penting nya tanah melayu sehingga menjadi tumpuan penjajah. Perkara seperti ini dapat memupuk semangat kecintaan saya terhadap negara sendiri. Saya juga mempelajari tentang betapa kuat nya semangat orang melayu semasa mahu menentang Malayan Union sedangkan orang Cina dan India mengambil langkah berdiam diri. Seperti yang kita tahu, pada era masa kini, masyarakat selalu memperlekehkan orang melayu dan meninggi ninggi kan bangsa lain. Maka dengan ini, saya sebagai bangsa melayu berazam untuk tidak memperlekehkan bangsa saya sendiri dan berusaha untuk mengubah persepsi buruk orang lain terhadap bangsa melayu.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Malayan Union dan bagaimana perpaduan masyarakat Melayu ketika itu telah menggagalkan niat British untuk meneruskan Malayan Union di Tanah Melayu.Ini membuktikan betapa kukuhnya dan kuatnya semangat masyarakat Melayu ketika itu bersama-sama menjaga hak orang  dan Raja-raja Melayu. Oleh itu saya berazam untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Malayan Union yang mengajar kita bahawa perpaduan yang utuh dapat menjaga keamanan negara.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari berkenaan peristiwa Malayan Union dimana kebangkitan orang Melayu terserlah untuk mempertahankan tanah air. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak mempersiakan pejuang tanah melayu pada masa dulu. 

Tuesday 25 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH: 25 OKTOBER 2016

Tanah Melayu merdeka : Kenapa pilih tarikh 31 Ogos 1957?

 Pemilihan Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim , Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.... Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.
Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.
Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.
Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.
Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu. 



SOALAN : PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA



PIAGAM MADINAH
PERBEZAAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Berasaskan Al-Quran dan Sunnah
Sumber

Berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam
Isi kandungan

Hubungan orang Melayu dengan orang bukan Melayu

ØMerangka persefahaman dengan pendudukan bukan Islam, terutama Yahudi
Ø  Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Ø  Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua orang
Tujuan

Ø  Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Ø  Mengawal pergerakan kerajaan                 dan rakyat
Ø  Mewujudkan bentuk
pemerintahan yang adil










PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1.            Kebebasan Beragama
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 25 – Bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agam mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka. 
Perkara 3 Fasal (1) – Islam adalah agama bagi Perseketuan  tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 11(3) – Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk :
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
(b) menubuhkan dan menyenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
(c) memperolehi dan mempunyai harta dan memegang serta mentadbirnya mengikut undang-undang.


2.              Ketaatan Kepada Pemimpin
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 23 – Walau bagaimanapun kamu berbalah dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

Fasal 47 – Bahawa  piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang yang zalim atau bersalah. 

Perkara 3(2) – Dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan raja sebagai ketua ugama Islam dalam negerinya mengikut cara dan setakat mana yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu. Apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja patut diperluas seluruh Persekutuan setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua ugama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.

Perkara 3(3) – Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Perkara 3(5) – Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,  YDPA hendaklah menjadi ketua agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati YDPA mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.


3.            Hak Mendapat Perlindungan daripada Kezaliman
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Hak rakyat dijamin melalui undang-undang qisas tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan itu dari kaum keluarga sendiri.

Fasal 13 – Bahawa orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau kerosakan di kalangan orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun orang itu anak kepada salah seorang daripada mereka.

Perkara 5(2) – Jika pengaduan dibuat kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

Perkara 5(3) – Jika seseorang itu ditangkap maka dia hedaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang.








Monday 24 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 6

TARIKH: 18 OKTOBER 2016


Berikan 5 bukti yang menunjukkan keharmonian masyarakat majmuk pada zaman Kemelayuan Melaka.


  • Negeri Melaka memberi peluang kepada imigran untuk tinggal di Melaka dan berkahwin dengan orang Melaka.
  • Para pedagang tidak memerlukan passport dan visa untuk berdagang di Melaka.
  • Undang-undang Kanun Melaka memberikan perlindungan kepada para pedagang daripada ancaman lanun dan perompak.
  • Dari segi kebudayaan, Bahasa Melayu dijadikan bahasa Lingua Franca. Perkahwinan pula mempunyai unsur-unsur kebudayaan dari Agama Hindu seperti adat bersanding. Majlis Khatam al-Quran dijalankan di Negeri Melaka.
  • Dari segi sosial, pengaruh Hindu dapat dilihat dari segi pemerintahan di mana hieraki pemerintahan digunakan.

Friday 21 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 5

TARIKH : 11 Oktober 2016

PENGARUH HINDU BUDDHA DALAM ADAT RESAM DAN HIBURAN DALAM MASYARAKAT MELAYU AWAL

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja  -Raja Melayu serta adat resam dan hiburan.                                                                                                 

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah.
(a) Pinjaman daripada Sanskrit:
Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:

  • -       Bhumi-bumi
  • -       Bheda-beda/beza
  • -       Bhasa-bahasa
  • -       Arthah-harta
  • -       Bhakti-bakti
  • -       Bhudi-budi
  • -       arghah-harga .

Dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita – cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti penglipur lara yang di tuturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran,kemuliaan,martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa.

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antaranya dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Di samping itu juga pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng,boria,wayang kulit dan mak yong.

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. 

Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. 


Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain.


Sistem Pemerintahan

Sebelum lahirnya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal di asia tenggara diterajui oleh ketua. Pada masa itu gelaran raja belum digunakan. Gelaran itu hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Dalam sistem ini kedudukan raja ialah 

  • -       berada di puncak pemerintahan
  • -       di bawahnya terdapat kerabat diraja
  • -       akhirnya terdapat rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba
  • -       raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • -       perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  • -       sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan
  • -       raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • -       rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil
  • -       bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja
  • -       adat istiadat diwujudkan untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah 

Sehingga sekarang sistem pemerintahan ini diamalkan yang mana telah menjadi pengaruh daripada sistem beraja India keatas masyarakat melayu awal.