Wednesday, 19 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 6

TARIKH: 18 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan ke atas tanah melayu di mana mereka membawa konsep colonialisme, sekularisme, dualisme, materialisme dan capitalisme, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak terpengaruh dengan konsep-konsep di atas dan belajar bukan sahaja ilmu dunia malah juga dunia akhirat.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan British dari segi ekonomi iaitu dengan memisahkan kaum Melayu, Cina dan India. Kesan dari pemisahan ini berlakunya ketidak seimbangan dan juga perpecahan kaum. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak memandang rendah terhadap kaum lain kerana setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka. Saya juga akan menjaga hubungan saya dengan kaum lain dan meghormati mereka. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang fasa dan kesan penjajahan terhadap hubungan kaum, maka dengan itu, saya berazam untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu-isu sekularisme, dualisme, materilisme. Dari kesan penjajahan itu, saya mengetahui bahawa pihak British memberi kesan yang besar terhadap tanah melayu.

Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang hadis 40 berkaitan iman,islam dan ihsan, maka dengan itu, saya berazam untuk mengenali ilmu tasawuf dengan lebih mendalam. Saya akan memikirkan perkaitan segala benda yang wujud di dunia ini dengan Allah. Saya juga mempelajari bahawa tiada seorang pun yang murtad selama 466 tahun tanah melayu di jajah. Ini menunjukkan betapa orang islam masih berpegang kepada Islam walaupun diterapkan dengan ilmu agama lain semasa penjajahan tersebut. Maka dengan ini, saya berazam untuk memantapkan lagi ilmu akidah saya terhadap Islam dan sentiasa bersyukur boleh menjalan kan ibadah dengan tenang dan tidak sukar seperti masyarakat islam dahulu.

Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang satu fakta yang telah mengubah persepsi saya terhadap masyarakat Islam di tanah melayu. Apa yang menarik perhatian saya ialah selama 466 tahun tanah melayu dijajah, tidak ada seorang pun orang Islam yang murtad. Oleh itu saya berazam untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan saya terhadap Allah.

Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan ke atas Tanah Melayu. Pentingnya pemimpin dalam sesebuah negara dimana setiap keputusan dilakukan pemimpin mempengaruhi besar akan keadaan negara. Pemimpin juga salah satu faktor utama penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Saya berazam untuk menjadi pemimpin yang adil mengikut syariat Islam.

No comments:

Post a Comment