Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa manusia bermasyarakat sejak dari alam roh lagi, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak berprasangka jahat dan memandang negatif terhadap orang lain.
Aina Wafa Binti Roszeman:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang isu perkauman, maka dengan itu, saya berazam untuk berlaku adil dengan semua kaum, tidak merendahkan kaum lain, menghormati adat dan budaya mereka, sentiasa memberikan pandangan yang positif serta tidak melabelkan mereka dengan nilai-nilai negatif.
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak memandang kaum lain dari sudut negatif dan bersepadu dalam hubungan etnik. Saya juga akan memupuk sikap untuk tidak menghadkan pemikiran terhadap pemikiran terhadap kaum melayu sahaja. Hal ini kerana dalam negara kita terdapat pelbagai bangsa dan agama. Sebagai masyarakat yang berlainan bangsa, saya juga berazam untuk menghormati bangsa lain supaya bangsa kita turut dihormati
Najwatul Nabila Binti Munajar
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kepercayaan dan budaya manusia mengikut agama dan kaum masing-masing. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghormati dan tidak merendahkan kepercayaan dan adat kaum lain demi menjamin kedamaian masyarakat. Manusia telah bermasyarakat sejak dari alam roh, jadi kita sebagai manusia harus menghormati sesama sendiri.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang tujuan kita hidup di dalam dunia ini. Ianya adalah untuk mengotakan janji kita pada Allah yang telah dilakukan ketika kita di alam Roh dan diberi nama Perjanjian Asali. Maka dengan itu, saya berazam untuk menunaikan janji saya berlandaskan syariah Islam selagi hayat dikandung badan.
Syahmi Farhan Bin Mustakim
- Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa manusia bergantung antara satu sama lain hingga terjalin hubungan dan hidup bermasyarakat. Hubungan bermasyarakat ini telah terjalin dari alam roh lagi. Ini membuatkan saya berazam untuk mengingati antara satu sama lain tidak mengira bangsa untuk melakukan kebaikan.
No comments:
Post a Comment