Friday 21 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 5

TARIKH : 11 Oktober 2016

PENGARUH HINDU BUDDHA DALAM ADAT RESAM DAN HIBURAN DALAM MASYARAKAT MELAYU AWAL

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja  -Raja Melayu serta adat resam dan hiburan.                                                                                                 

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah.
(a) Pinjaman daripada Sanskrit:
Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:

  • -       Bhumi-bumi
  • -       Bheda-beda/beza
  • -       Bhasa-bahasa
  • -       Arthah-harta
  • -       Bhakti-bakti
  • -       Bhudi-budi
  • -       arghah-harga .

Dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita – cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti penglipur lara yang di tuturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran,kemuliaan,martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa.

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antaranya dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Di samping itu juga pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng,boria,wayang kulit dan mak yong.

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. 

Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. 


Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain.


Sistem Pemerintahan

Sebelum lahirnya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal di asia tenggara diterajui oleh ketua. Pada masa itu gelaran raja belum digunakan. Gelaran itu hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Dalam sistem ini kedudukan raja ialah 

  • -       berada di puncak pemerintahan
  • -       di bawahnya terdapat kerabat diraja
  • -       akhirnya terdapat rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba
  • -       raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • -       perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
  • -       sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan
  • -       raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • -       rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil
  • -       bagi mengukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja
  • -       adat istiadat diwujudkan untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah 

Sehingga sekarang sistem pemerintahan ini diamalkan yang mana telah menjadi pengaruh daripada sistem beraja India keatas masyarakat melayu awal.


No comments:

Post a Comment