Monday, 10 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 4

TARIKH: 4 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu berita terdahulu sebelum menyampaikan berita itu kepada orang lain serta untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perlunya ilmu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah Saw.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk membuktikan kebenaran sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Saya juga berazam untuk menuruti contoh-contoh daripada Rasullulah SAW dan menanamkan lagi rasa cinta terhadap Rasulullah SAW. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk memastikan setiap berita yang diperoleh adalah sahih dan benar. Hal ini kerana berita yang palsu boleh memberi keburukan kepada orang lain dan memudaratkan. Saya juga berazam untuk mendalami ilmu agar dapat mengetahui tentang kesahihan dan kebenaran setiap berita yang diperoleh.

Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6-7. Ia menceritakan tentang setiap berita perlulah mempunyai bukti sahih dan benar untuk mengelak dari kesan buruk seperti fitnah. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak cepat terpengaruh dengan khabar angin. Saya berazam untuk memastikan perkara itu daripada sumber yang benar. Saya juga berazam untuk mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. 

Mohd Nazeerul Bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang bahayanya sikap prejudis. Sikap ini akan membawa kesan negatif yang lebih besar pada masa yang akan datang, maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa memperbetulkan niat dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara dan sentiasa bersangka baik. 

Syahmi Farhan Bin Mustakim :
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang surah Al-Hujurat ayat 6-7. Dimana setiap berita perlulah mempunyai bukti yang sahih dan daripada sumber yang benar. Penyebaran berita palsu dapat menjatuhkan perpaduan manusia. Saya berazam untuk memastikan sesuatu berita benar dan mempunyai bukti sebelum mempercayainya dan lebih mengenali Rasullulah dan perjuangannya. Dengan itu dapat mencintai Rasullulah dan mengikuti Sunnah baginda.

No comments:

Post a Comment