Monday, 10 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 4

TARIKH : 4 Oktober 2016

Surah Ar-Rum Ayat 22

Surat Ar Rum Ayat 22

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.


Soalan: 
Berdasarkan surah Ar-Rum ayat 22, huraikan bagaimana Islam menganggapi budaya dan masyarakat majmuk?

Jawapan:
Pada pandangan kami, Islam menganggap budaya dan masyarakat majmuk setaraf di mana Islam tidak mengira bangsa, agama mahupun budaya. Ini kerana, Islam tidak meletakkan perbezaan antara masyarakat berbilang kaum. Islam menganggap semua manusia sama di sisi Allah. Hanya ketaqwaan seseorang itu yang membezakan mereka dengan yang lain. Kita sebagai manusia tidak berhak menilai seseorang dari paras rupa, warna kulit, pangkat mahupun darjat. Sebagai contoh yang dapat kita lihat pada hari ini, bantuan dihulurkan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit.

No comments:

Post a Comment