Tuesday 25 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH: 25 OKTOBER 2016

Tanah Melayu merdeka : Kenapa pilih tarikh 31 Ogos 1957?

 Pemilihan Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim , Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.
Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.... Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.
Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.
Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.
Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.
Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu. 



SOALAN : PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA



PIAGAM MADINAH
PERBEZAAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Berasaskan Al-Quran dan Sunnah
Sumber

Berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam
Isi kandungan

Hubungan orang Melayu dengan orang bukan Melayu

ØMerangka persefahaman dengan pendudukan bukan Islam, terutama Yahudi
Ø  Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Ø  Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua orang
Tujuan

Ø  Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Ø  Mengawal pergerakan kerajaan                 dan rakyat
Ø  Mewujudkan bentuk
pemerintahan yang adil










PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1.            Kebebasan Beragama
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 25 – Bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agam mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka. 
Perkara 3 Fasal (1) – Islam adalah agama bagi Perseketuan  tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 11(3) – Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk :
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
(b) menubuhkan dan menyenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
(c) memperolehi dan mempunyai harta dan memegang serta mentadbirnya mengikut undang-undang.


2.              Ketaatan Kepada Pemimpin
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 23 – Walau bagaimanapun kamu berbalah dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

Fasal 47 – Bahawa  piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang yang zalim atau bersalah. 

Perkara 3(2) – Dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan raja sebagai ketua ugama Islam dalam negerinya mengikut cara dan setakat mana yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu. Apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja patut diperluas seluruh Persekutuan setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua ugama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.

Perkara 3(3) – Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Perkara 3(5) – Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,  YDPA hendaklah menjadi ketua agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati YDPA mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.


3.            Hak Mendapat Perlindungan daripada Kezaliman
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Hak rakyat dijamin melalui undang-undang qisas tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan itu dari kaum keluarga sendiri.

Fasal 13 – Bahawa orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau kerosakan di kalangan orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun orang itu anak kepada salah seorang daripada mereka.

Perkara 5(2) – Jika pengaduan dibuat kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

Perkara 5(3) – Jika seseorang itu ditangkap maka dia hedaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang.








No comments:

Post a Comment