Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kenapa dan bagaimana orang melayu telah bekerjasama menentang Malayan Union. Hal ini memberi kesedaran kepada saya bahawa kaum melayu adalah kaum yang kuat jika bersatu. Selain itu, saya turut mempelajari tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di Mekah dan Madinah di mana Baginda mementingkan akidah dan akhlak terdahulu di Mekah, kemudiannya menguatkuasakan undang-undang Islam di Madinah. Maka dengan itu, saya berazam untuk memperbaiki dahulu akidah dan akhlak saya agar asas akidah dan akhlak saya utuh.
Aina Wafa Binti Roszeman:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang bagaimana orang Melayu menentang Malayan Union. Orang melayu melakukan penentangan melalui akhbar, individu dan kolektif. Melalui individu, Dato' Onn Jaafar telah menulis surat untuk membuat gerakan Melayu supaya orang Melayu bersatu. Raja-raja melayu juga telah membuat pulauan terhadap Majlis Perlatikan Gabenor British. Walaupun isytihar telah dilakukan, namun ianya terpaksa dibatalkan atas sebab tiada sokongan oleh orang Melayu. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghargai jasa-jasa pejuang negara yang telah bersusah-payah memperjuangkan Malaysia.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang cara orang Melayu menentang Malayan Union. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka untuk menentang Malayan Union seperti melalui individu, kolektif dan akhbar kerana disebabkan Malayan Union, Sultan kehilangan kuasa dan taraf kewarganegaraan menjadi longgar. Maka dengan itu, saya berazam untuk mempertahankan Malaysian supaya sentiasa damai dan tidak ada isu perkauman. Ini kerana kita perlu menghargai jasa pejuang terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kehebatan orang melayu dan betapa penting nya tanah melayu sehingga menjadi tumpuan penjajah. Perkara seperti ini dapat memupuk semangat kecintaan saya terhadap negara sendiri. Saya juga mempelajari tentang betapa kuat nya semangat orang melayu semasa mahu menentang Malayan Union sedangkan orang Cina dan India mengambil langkah berdiam diri. Seperti yang kita tahu, pada era masa kini, masyarakat selalu memperlekehkan orang melayu dan meninggi ninggi kan bangsa lain. Maka dengan ini, saya sebagai bangsa melayu berazam untuk tidak memperlekehkan bangsa saya sendiri dan berusaha untuk mengubah persepsi buruk orang lain terhadap bangsa melayu.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Malayan Union dan bagaimana perpaduan masyarakat Melayu ketika itu telah menggagalkan niat British untuk meneruskan Malayan Union di Tanah Melayu.Ini membuktikan betapa kukuhnya dan kuatnya semangat masyarakat Melayu ketika itu bersama-sama menjaga hak orang dan Raja-raja Melayu. Oleh itu saya berazam untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Malayan Union yang mengajar kita bahawa perpaduan yang utuh dapat menjaga keamanan negara.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari berkenaan peristiwa Malayan Union dimana kebangkitan orang Melayu terserlah untuk mempertahankan tanah air. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak mempersiakan pejuang tanah melayu pada masa dulu.
No comments:
Post a Comment