Showing posts with label KERJA MINGGUAN. Show all posts
Showing posts with label KERJA MINGGUAN. Show all posts

Wednesday, 9 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

SOALAN : DALAM WAWASAN 2020, TERDAPAT 9 CABARAN. ANALISAKAN SETAKAT MANA KEUPAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENGHADAPI 9 CABARAN TERSEBUT.

9 cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020 ialah:




Cabaran pertama



• Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat
  yang dikongsi bersama. iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di
   peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
   sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang
   mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.



Cabaran kedua



• Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada,
  dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.
  masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai
  kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada
  sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.



Cabaran ketiga



• Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan
  satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh
  menjadi contoh kepada banyak negara membangun.



 Cabaran keempat



• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai
 agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.



Cabaran kelima



• Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana
  masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat,
  kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama
  meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.



Cabaran keenam



• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
 mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang
 bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
 kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan



Cabaran ketujuh



• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu
  sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
  daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar
  kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang
   kukuh.



Cabaran kelapan



• Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu
  masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
  adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap
  rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak
  akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
  ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.



Cabaran kesembilan



• Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
  bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. 


- Secara keseluruhannya, ada sesetengah cabaran yang rakyat Malaysia tidak mampu menanganinya sebagai contoh cabaran satu, tiga, empat, tujuh dan lapan. Hal ini kerana, politik di Malaysia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Tambahan pula, kes-kes jenayah di Malaysia masih lagi berlaku pada kadar yang tinggi. Secara tidak langsung, nilai moral seperti saling menyayangi dan hormat menghormati tidak diterapkan secara sempurna. Ekonomi negara juga berada pada keadaan yang tidak stabil. Rakyat tidak tahu sama ada pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara adil dan saksama. Hal ini dapat dilihat melalui jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya yang masih lagi besar. Perpaduan kaum di Malaysia telah dicapai tetapi ianya tidak tercapai secara sepenuhnya kerana ada segelintir masyarakat yang masih bersikap racist. 




SOALAN: BAGAIMANAKAH KERAJAAN MEREALISASIKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN SECARA ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.

Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan.

Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu.

Kerajaan telah mengusahakan strategi dimana DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif DPN ialah memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Antara startegi pelaksanaan DPN ialah:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 
(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat












Tuesday, 8 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

TARIKH : 8/11/2016
SOALAN : Apakah ciri-ciri politik yang stabil?

1. Bebas dari unsur rasuah.
Rasuah adalah satu jenayah yang sangat besar dalam sesebuah negara. Kegiatan rasuah yang berleluasa akan menurunkan kredibiliti negara. Nasib orang yang tidak bersalah tidak akan terbela dan jenayah orang bersalah dapat ditutup dengan duit rasuah. Pemimpin serta para menteri haruslah menghindari rasuah supaya segala peraturan dan undang-undang di negara ini dapat dijalankan dengan adil. Negara akan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan jika gejala rasuah terus menular.

2. Pembangunan modal insan yang berkualiti.
Setiap individu di negara wajarlah untuk menjaga segala tingkah laku, berpendidikan, berdisiplin, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mempunyai keperayaan yang kukuh terhadap agama masing-masing. Kestabilan politik dan kualiti negara juga bergantung kepada tahap modal insan setiap individu. Jadi, rakyat memainkan peranan untuk menerapkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kestabilan politik dan kemajuan negara.

3. Rakyat memahami dan menerima sistem potlitik negara.
Pihak berkuasa perlu memberi pendedahan yang luas kepada rakyat tentang sistem politik negara agar tidak berlaku perselisahan faham. Apabila sistem politik tersebut dapat difahami oleh rakyat, pelaksanaan ke atas dasar-dasar baru dalam pentadbiran akan berjalan dengan lancar. Contohnya, Malaysia menggunakan sistem demokrasi. Rakyat seharusnya memahami dengan lebih mendalam tentang sistem ini kerana hal ini juga akan mempengaruhi untuk rakyat membuat pilihan dengan lebih tepat untuk mengundi.

Monday, 7 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8

SOALAN: ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN?

Antara tujuan-tujuan zakat ialah:
  1. Memiliki kecintaan terhadap harta kekayaan merupakan naluri manusia yang mendorongnya untuk sentiasa mempertahankan harta kekayaannya. Islam mewajibkan zakat sebagai pembersih hati manusia dari sikap rakus, pelit, dan tamak, juga untuk menghilangkan sikap mencintai dan ambisi terhadap dunia. Allah SWT berfirman, “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.” (At-Taubah: 103)
  2. Dasar memberikan zakat adalah empati dan rasa saling membantu. Kerana pada prinsipnya naluri manusia itu akan lebih dekat dan akrab kepada orang yang peduli dan berbuat baik kepadanya. Dengan begitu, akan terbentuk masyarakat muslim yang saling mencintai dan menolong seperti sebuah bangunan yang saling menumpang antara satu sisi dengan sisi lainnya sehingga dapat mengurangi kes pencurian dan tindakan kriminal lainnya.
  3. Dengan zakat, akan tercapai makna dan inti ibadah juga makna tunduk yang mutlak serta penyerahan diri yang sempurna kepada Allah, Tuhan semesta alam. Ketika orang kaya mengeluarkan zakat hartanya, maka pada hakikatnya dia telah melaksanakan perintah Allah dan telah mensyukuri nikmat Allah. Allah berfirman, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Ibrahim: 7)
  4. Zakat juga boleh mendukung tercapainya program jaminan sosial dan keseimbangan keadaan masyarakat, agar tidak ada jurang yang terlalu jauh antara si kaya dan si miskin. Dengan mengeluarkan zakat, maka kekayaan dan harta tidak hanya berada di kalangan tertentu saja, tapi akan merata di seluruh lapisan masyarakat. Allah berfirman, “Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Al-Hasyr: 7)
Berdasarkan tujuan-tujuan zakat di atas, zakat bukan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Malah, zakat bertujuan untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Zakat juga dapat mewujudkan rasa simpati dan ingin membantu antara satu sama lain. Secara tidak langsung, jurang tersebut dapat dirapatkan. Zakat bukan dilihat dari segi material sahaja, malah ianya lebih fokus kepada rohani seseorang.

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8

SOALAN: DENGAN MENGAMBIL KAEDAH PEMBANGUNAN EKONOMI RASULULLAH SAW, BINCANGKAN USAHA PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DIJALANKAN SEKARANG.

Kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW adalah
  1. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Penubuhan Baitulmal
  3. Pembinaan masjid
  4. Pembentukan Piagam Madinah
Usaha pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang adalah memastikan asas ekonomi benar-benar dijalankan dengan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh, riba'. Pada zaman Rasulullah SAW, Riba' adalah haram. Oleh itu, negara Malaysia tidak seharusnya mengamalkan konsep riba'. Walaupun, riba' merupakan salah satu pendapatan negara, akan tetapi ia dapat digantikan dengan cara dan alternatif yang lain.

Rasulullah SAW telah menubuhkan Baitulmal bagi menguruskan kewangan negara. Namun begitu, Baginda tidak mengamalkan konsep ini kerana pada waktu itu, sumber ekonomi terbatas. Khalifah Uthman kemudiannya dilantik untuk memegang kunci baitulmal, tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh. Sistem Baitulmal digunakan oleh Khalifah Umar kerana harta negara Islam semakin bertambah. Pada zaman ini, sistem Baitulmal masih dijalankan, namun begitu sistem tersebut tidak dijalankan dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membaiki pembangunan ekonomi sekarang, kita perlu memahami konsep Baitulmal dengan lebih mendalam supaya harta negara Islam dapat digunakan dengan sebaiknya.

Pembinaan masjid ketika zaman Rasulullah SAW bukan sahaja bertujuan untuk beribadah, akan tetapi ianya turut digunakan untuk menjalankan perniagaan. Terdapat aktiviti jual-beli dijalankan di sekitar masjid. Hal ini dapat diterapkan pada zaman sekarang di mana sekiranya terdapat peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti jual beli di sekitar masjid, kita tidak seharusnya melarang mereka. Malah, ianya patut digalakkan selagi tidak menggangu ketenteraman masjid.

Pada zaman Rasulullah SAW, Piagam Madinah telah dibentuk di mana amalan sedekah dan kewajipan zakat dilaksanakan. Perkara ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan hidup. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara. Pada zaman ini, perlembagaan Malaysia dibentuk dan turut mengamalkan konsep zakat. Namun begitu, perlembagaan Malaysia memberi fokus kepada sistem pungutan cukai. Cukai yang tinggi membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mengenakan cukai yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.







SOALAN: NILAIKAN TAHAP EKONOMI MALAYSIA DARI TAHUN 2014-2016 BERDASARKAN UKURAN KUANTITI DAN KUALITI


2014

Ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus. Pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.
 Kekuatan negara termasuk asas makroekonomi yang kukuh seperti ekonomi yang pelbagai; kadar pengangguran yang rendah; rizab antarabangsa yang kukuh; peningkatan peranan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan dengan menyumbang sebanyak 68.9% daripada jumlah pelaburan dalam tempoh separuh pertama 2014; dan sistem kewangan yang teguh untuk menyokong aktiviti ekonomi.

 Pada 2014, ekonomi dijangka berkembang 5.5% hingga 6% (2013: 4.7%) lebih tinggi berbanding unjuran 4.5% hingga 5.5% yang dibuat pada awal 2014. Negara turut mencatatkan surplus sebanyak 4% pada tahun 2014 menunjukkan kerajaan mempunyai lebihan wang pada kewangannya. Ini membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya dan ia menurun dari 54.7% KDNK kepada 53.9% di penghujung 2014.

2015

 Pertumbuhan KDNK tahun 2015 berada pada tahap 4.5-5.5 %. Pada tahun lalu KDNK berada pada tahap 5-6% iaitu kurang 1.4 % sahaja berbanding negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Dalam sektor luar negeri, akaun semasa imbangan pembayaran diunjurkan kekal dalam kedudukan lebihan sebanyak RM21.4 billion atau 2-3% daripada pendapatan negara kasar (PNK).

  Inflasi dijangka berpurata sebanyak 2-3% pada tahun 2015 (2014:3..2%) disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah. Keadaan pasaran guna tenaga kekal mantap, dengan kadar pengangguran sebanyak 3%. Permintaan dalam negeri dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 6%), diterajui oleh perbelanjaan sektor swasta.
 Penggunaan swasta diunjurkan berkembang sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 7.1%). Kenaikan gaji sebanyak 5.8% pada tahun 2015 (2014: 5.4%). Pada tahun 2015, kadar pengangguran diunjurkan kekal stabil pada 3% (2014: 2.9%).


2016

 Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. OCBC menjangka ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

 OCBC menjangka harga minyak mentah akan meningkat sedikit kepada US$35 suku pertama tahun ini, diikuti kepada US$40, US$45 dan US$50 setiap suku sehingga suku keempat 2016. OCBC meletakkan unjuran harga tersebut bagi kedua-dua penanda aras Brent dan WTI. Inflasi dan kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan inflasi ke atas barangan yang diimport.


 Defisit bajet berlaku apabila kerajaan berbelanja lebih dari pendapatannya. Tahap defisit bajet yang sihat bagi negara membangun adalah 5%, bermakna perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan sebanyak 5%. Malaysia berharap untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.1% bagi 2016. Defisit bajet mungkin berada pada paras 3.4 atau 3.5% bagi 2016, bukan 3.1%. Defisit yang lebih tinggi juga pada masa yang sama bermakna, akan ada pemotongan perbelanjaan.














disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Monday, 31 October 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH : 25 OKTOBER 2016

Apakah polemik yang timbul berkaitan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)? 


1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?
Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam
Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Jawapan:
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7

TARIKH : 25 OKTOBER 2016

SOALAN : Ringkaskan peristiwa Keranda 152.

Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

LATAR BELAKANG KERANDA 152.
Semua orang Melayu di Malaysia dipelopori pejuang bahasa mahu mengangkat martabat bahasa Melayu ke tempat yang wajar di negara ini bagi menggantikan bahasa Inggerisyang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ketika itu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.
Apabila persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada Perikatan, janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10 tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu, bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains
Usman Awang 


KEMUNCAK DEMONSTRASI 3 MAC 1967
Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris. Perarakan Keranda 152 ini telah disemadikan oleh Usman Awang dalam puisinya "Sajak Keranda 152".
Tetapi Peristiwa 13 Mei menjadi detik penting dan peluang terbaik untuk menukar status bahasa Melayu kepada bahasa pengantar, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang sebenar-benarnya dalam semua majlis dan semua perkara. Menteri Pelajaran yang berani bertindak ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub dari Sarawak. Konvensyen Ekonomi Melayu yang diadakan juga setuju menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan seberapa segera sebagai alternatif Universiti Malaya di Singapura yang ditubuhkan oleh penjajah British.

PERARAKAN KERANDA 152 KE-2 PADA 7 MAC 2009

Kemuncak bantahan besar-besaran terhadap dasar PPSMI adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat telah berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum derita lara pelajar yang mengikuti PPSMI sejak 2003 - 2009. Ini merupakan jalan terakhir yang terpaksa dilakukan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia masih mahu meneruskan dasar-dasar mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Bulan Mac dipilih kerana Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan diadakan pada bulan Mac. Himpunan Anti ISA juga dirancang pada bulan itu oleh Gerakan Mansuhkan ISA, DAP, PAS, PKR dan NGO lain.[2]Rentetan dari perarakan tersebut nama-nama tokoh besar telah disiarkan di media arus perdana oleh polis kerana dikatakan cuba mencetuskan huru hara.

PERARAKAN KERANDA 152 KE-3 PADA 26 MAC 2016

Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin Prof Emeritus Shahrir Md Zain telah mengadakan satu Sidang Media pada 5 Januari 2016 bersama Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan yang diwakili Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). Dalam sidang media yang dianjurkan di Sekretariat ABIM, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) berkata memilih jalan terakhir untuk mengadakan perhimpunan bantahan secara aman di seluruh negara pada 26 Mac 2016. Tindakan ini kerana kecewa dan terkilan dengan sikap kerajaan yang tidak melayan segala usaha berbentuk rundingan bagi memansuhkan Program Dwi-Bahasa (DLP). GMP menyatakan, berdasarkan fakta kajian dan statistik telah jelas menunjukkan kegagalan dasar PPSMI yang mengorbankan 3 juta pelajar yang menelan belanja RM5.2 billion. Pihak GMP bertegas bahawa mekanisme pembelajaran subjek Bahasa Inggeris di sekolah yang harus ditingkatkan sekiranya mahu memastikan pelajar sekolah fasih berbahasa Inggeris bukan dengan cara mirip PPSMI atau DLP.
Pejuang Bahasa seterusnya bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan, aktivis NGO dan pakar sains telah mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membincangkan masa depan anak bangsa dan bahasa kebangsaan. Baginda Sultan Perak secara dasar bersetuju dengan kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) bahawa sesuatu ilmu lebih berkesan dan mudah dikuasai sekiranya diajar dalam bahasa ibunda.
Kemuncak bantahan adalah pada 26 Mac 2016 apabila pejuang bahasa yang terdiri dari GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain-lain berarak mengusung Keranda 152 yang ketiga di ibu kota. Keranda 152 yang ketiga diusung sebagai menifestasi kegagalan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi payung untuk mempertahan kedaulatan bahasa kebangsaan. Walaupun perhimpunan itu telah diisytiharkan oleh polis sebagai haram dan bercanggah dengan undang-undang, kumpulan pejuang bahasa tetap tekad untuk mengusung Keranda 152 sebagai simbol perjuangan bahasa Melayu tidak pernah malap malah akan terus diperjuangkan oleh generasi akan datang.