Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 8 -13 dan sedikit mengenai kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk memahami dengan lebih mendalam ayat-ayat al-Quran dan saya juga berazam untuk menjauhkan diri daripada sikap pentingkan diri sendiri memandangkan masyarakat melayu terdahulu sudahpun menjadi masyarakat majmuk.
Aina Wafa Binti Roszeman:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat dan sedikit tentang kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk berlaku adil apabila mendamaikan dua pihak. Saya juga berazam untuk mengotakan janji dan memuliakan tetamu kerana itu merupakan sifat mulia orang Arab. Saya juga akan cuba untuk tidak menyesali perbuatan yang dulu dengan menggunakan perkataan "kalau". Saya juga akan mempelajari dengan lebih mendalam tentang kerajaan melayu awal bagi menambah ilmu pengetahun saya.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 8-13 dan sedikit mengenai kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak menyesali perkara yang telah berlaku. Saya juga akan cuba mendamaikan sekiranya rakan-rakan saya berselisihan faham kerana setiap mukmin itu bersaudara. Daripada pengetahuan saya tentang kerajaan melayu awal, saya dapat mengetahui tentang hubungan masyarakat antara pedagang-pedagang terdahulu.
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al Hujurat ayat 8-13 dimana ada menerangkan supaya kita tidak dengki dan membuka aib orang lain , maka dengan itu, saya berazam untuk bersihkan hati dan tidak mempunyai sifat hasad dengki terhadap orang lain. Saya juga berazam untuk tidak tajasus dan mencari kesalahan dan aib orang lain. Jika ada di antara kawan kawan saya ada terlepas pandang membuat kesalahan, saya akan cuba mendapatkan penjelasan dan tidak terburu buru menegur dan menghukum. Saya percaya setiap orang ada sebab sendiri terhadap perbuatan masing-masing. Saya berazam untuk saya lebih fokus terhadap amalan saya sendiri terhadap agama.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang surah Al- Hujurat ayt 8-13 dan sedikit mengenai kerajaan Melayu awal. Saya berazam untuk berlaku adil dan mendamaikan dua pihak yang berselisih faham. Selain dari menerapkan nilai bangsa Melayu yang bersopan santun, saya ingin mencontohi sifat bangsa Arab yang berani dan memuliakan tetamu yang datang ke rumah.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang penggunaan kata dalam kehidupan seharian kita, maka dengan itu, saya berazam untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan 'kalau' kerana ianya dapat menyebabkan akidah kita terpesong dan tidak beriman dengan Qada' dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment