Monday 12 December 2016

Sharing Bab 3 Hubungan Kaum Dimadinah

Golongan Kaum Di Madinah
Penduduk Madinah ada 3 golongan iaitu:
v  Kaum muslimin yang terdiri dari kaum Muhajirin dan Ansar, dan ini    adalah kelompok majoriti.
v  Kaum musyrikin iaitu orang-orang suku  kaum Aus dan Kharaj yang belum masuk Islam
v  Kaum Yahudi yang terdiri dari empat kelompok
                                         
Piagam Madinah
       Piagam Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (muhajirin dan ansar) dan antara kaum islam dan yahudi.
       Piagam Madinah dianggap perlembagaan bertulis pertama di dunia.
       Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu.
       Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah.
       Hukum Islam ditegakkan keatas semua orang, termasuk non muslim di luar perkara ibadah dan aqidah.

Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara yang berikut :
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan muslimin
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan yahudi
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan musyrikin
       Perjanjian yang melibatkan semua pihak berkaitan dengan peraturan -
               peraturan umum

Piagam Madinah juga memberi garis panduan tentang dasar pentadbiran negara Islam iaitu:
       Nabi Muhammad  ialah pemimpin masyarakat
       Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara
       Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka
       Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama

       Fungsi sahifah adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kepada orang bukan Islam.

Sharing Bab 7 Survival Melayu -Pendidikan


        Kerajaan berperanan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera terus terjamin melalui sistem pendidikan. Hal ini supaya orang Melayu mampu mencapai mutu pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, berdaya saing dan setaraf di peringkat antarabangsa.

       Kerajaan berhasrat supaya orang Melayu dapat mengubah taraf hidup dari belenggu kemiskinan kepada yang lebih baik. Melalui sistem pendidikan , dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang menceburi bidang professional dan semi professional yang diiktiraf oleh dunia seperti doktor , jurutera, akauntan dan lain lagi.

      Sejarah pendidikan orang Melayu bermula di era 1950an dengan bantuan Dato' Onn Jaafar.

  • Membina satu organisasi yang dapat membantu dan melatih orang Melayu.
  • Memberi latihan dan kemahiran kepada orang Melayu miskin luar bandar untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi supaya orang Melayu dapat mengambil bahagian dalam dunia perdagangan moden.
  • Ekoran inisiatif tersebut, maka lahirlah RIDA iaitu Rural Industrial Development Authority di bawah MARA dengan motto "Rebut Ilmu Dan Amalkan". 
RIDA ditubuhkan pada November 1950. Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai pengerusi pertama. 1956 dibawah seliaan En. Abdul Samad bin Ibrahim, terdapat dua pusat latihan.
  • Dewan Latihan RIDA di Petaling Jaya.
  • Taman Asuhan RIDA di Kuala Lumpur
         RIDA mempunyai dua kursus iaitu jangka panjang dan jangka pendek berkembang menjadi Maktab MARA pada 1965. Bidang yang ditumpukan ialah perniagaan dan pengajian professional. Pada 1 December 1965 Tan Sri Arshad Ayob dilantik sebagai pengetua Maktab MARA.

        Maktab MARA terus berkembang menjadi Institut Teknologi MARA (ITM). ITM terus berkembang dan bilangan pelajar meningkat dan lebih 60 program pengajian ditawarkan. Kini ITM dinaik taraf sebagai Universiti dengan nama UITM.

       UITM telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 1999 dan Yang diPertuan Agong menjadi canselor kepada UITM sebagai status simbolik peranan YDP Agong sebagai pembela hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Sunday 11 December 2016

Sharing Bab 8

AL-UKHUWWAH

Maksud: 
  • persaudaraan
  • perhubungan yang rapat seperti mempunyai ikatan tali persaudaraan
  • hubungan akrab seperti ibarat isi dengan kuku

Firman Allah swt : "maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman" (surah Al-anfal :1)

  • ikatan ukhuwwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan di antara satu sama lain
  • tidak ada beza di antara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui
Masyarakat plural:
  • mengamalkan konsep persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa bertepatan dengan tuntutan Islam akan mencapai kejayaan dalam menyatupadukan masyarakat berbanding bersandarkan kepada material, pertalian darah atau kesukuan.
Abdullah Nasih Ulwan:
  • persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. 
  • persaudaraan yang berasaskan kepada iman dan takwa akan melahirkan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri.








REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 12

TARIKH: 7 DISEMBER 2016

 Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:


  • Sepanjang projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya adalah betapa lekanya rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri terhadap lagu Kebangsaan Malaysia. Terdapat kemungkinan besar bahawa rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa aksi mereka dengan tidak berdiri dengan tegak ataupun dengan tidak menyanyikan lagu ini secara penuh bersemangat menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati lagu Negaraku. Setelah menyiapkan projek ini, saya sebagai rakyat Malaysia, menyedari betapa susahnya bagi pemimpin kita yang terdahulu untuk mencari sebuah lagu untuk mewakili negara Malaysia. Tidak mudah bagi mereka untuk menentukan irama, melodi, rentak lagu dan seni kata bagi sebuah lagu yang kini dijadikan sebagai Lagu Kebangsaan Malaysia, iaitu lagu Negaraku. Oleh itu, tidak sepatutnya rakyat Malaysia untuk terus berada dalam kelekaan mereka tentang lagu Negaraku. Maka dengan itu, saya berazam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang negara Malaysia agar saya tidak akan lagi mengambil mudah tentang hal-hal penting yang berkaitan dengan negara saya. Selain daripada usaha di atas, saya juga akan berdoa kepada Allah SWT untuk menjaga kesejahteraan negara Malaysia. Saya akan berdoa dan bergantung kepada Allah SWT atas segala perkara yang berlaku kerana saya tahu sejauh manapun kita merancang, hanya Allah akan menentukan segala-galanya.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Sepanjang saya menyiapkan projek ini, saya terkesan dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghormati bendera Malaysia. Berdasarkan video yang telah saya bentangkan, ianya menunjukkan bahawa sesetengah rakyat Malaysia tidak mempedulikan bendera Malaysia yang jatuh di atas lantai. Hal ini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap individu kerana ianya merupakan tanggungjawab setiap orang untuk meghormati bendera Malaysia. Bendera Malaysia merupakan simbolik negara. Ianya juga merupakan maruah negara. Apabila kita hanya menghiraukan bendera Malaysia di atas lantai dengan memijak ataupun melangkah bendera ibarat kita membiarkan maruah negara kita dipermainkan begitu sahaja. Oleh yang demikian, antara perkara yang telah saya belajar sepanjang menyiapkan projek ini ialah kita haruslah menghormati bendera Malaysia kerana ianya merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia. Cara-cara untuk menghormati bendera Malaysia ialah dengan mematuhi adab dan tertib bendera Malaysia. Antaranya ialah tidak membiarkan bendera di atas tanah ketika hendak menaikkannya dan juga tidak membiarkan bendera yang koyak bekibaran. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:

  • Sepanjang saya membuat projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya ialah tentang penghinaan lagu negaraku. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui adanya orang yang mengubah lagu Negaraku itu sendiri kepada lirik yang tidak sepatutnya. Jadi apabila membuat projek ini, saya baru menyedari bahawa ada orang yang mengubah lagu asal Negaraku. Saya juga mendapat kesedaran bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya menghina negara kita sendiri seperti apa yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, satu perkara lagi yang memberi kesan kepada saya ialah tentang penghinaan kepada Jalur Gemilang. Seperti yang dapat dilihat dalam video projek, terdapat isu negatif di mana rakyat Malaysia sendiri bertindak mengabaikan Jalur Gemilang yang jatuh di pasaraya kompleks. Sekiranya saya berada di tempat mereka, saya juga mungkin bertindak seperti mereka dengan mengabaikan Jalur Gemilang yang jatuh. Jadi dengan melakukan projek ini, saya menyedari bahawa kita tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Kesedaran tentang menghormati negara sendiri perlu diterap. Apabila kita mengabaikan perkara sebegitu atau dengan memijak Jalur Gemilang, orang luar yang memandang akan perkara ini pasti terfikir sesuatu. Mereka pasti merasakan bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak menghormati negara mereka jadi kenapa mereka sebagai orang luar perlu hormat?
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Sepanjang projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya adalah tentang isu perpaduan di negara kita. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu tentang sebab perbentukan Rukun Negara dan sejarah tentang tragedi 13 Mei 1969. Melalui projek ini, saya telah membuat kajian dan pembacaan dengan lebih mendalam tentang peristiwa 13 Mei. Apa yang menyayat hati saya adalah apabila masalah perpaduan pada waktu tersebut sehingga kaum Melayu dan Cina bergaduh menyebabkan ramai yang terkorban. Tragedi tersebut telah saya ambil iktibar untuk waktu sekarang. Saya tidak dapat membayangkan jika tragedi itu berulang lagi. Bagi saya, peristiwa tersebut terjadi kerana sikap dengki dan prejudis terhadap kaum lain sedangkan berada di negara yang sama. Kita sepatutnya bersangka baik dan positif terhadap kaum lain untuk mengelakkan perbalahan. Setiap kaum ada keistimewaan masing-masing. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu-padu, toleransi sesama kaum dan patuh kepada prinsip Rukun Negara kita. Saya berazam untuk tidak memandang rendah terhadap kaum lain dan akan mengubah persepsi orang lain untuk tidak memandang kaum Cina dan India sebagai orang asing kerana mereka juga ialah rakyat Malaysia dan bersama orang Melayu semasa zaman sebelum merdeka lagi.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa

  • Sepanjang saya menyiapkan projek ini, perkara yang paling memberi kesan terhadap saya ialah mengenai betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan negara yang telah sedia ada. Setiap orang mestilah bertanggungjawab untuk menjaga nama negara dan terus berbakti kepada negara yang tercinta. Selain itu, sepanjang saya menyiapkan projek tugasan ini, saya juga mendapati timbulnya pelbagai masalah seperti gejala sosial dan sebagainya adalah disebabkan kurangnya penghayatan rakyat terhadap bendera Malaysia, lagu negaraku dan rukun negara. Hal ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan terhadap negara kita dan menyebabkan negara kita dipandang enteng dimata dunia. Oleh itu, saya berazam untuk terus meningkatkan cinta saya terhadap negara dan in sya Allah suatu hari nanti saya akan mengharumkan negara dimata dunia.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Sepanjang projek ini, Jalur Gemilang yang merupakan bendera Malaysia simbolik kepada imej Negara tidak pernah diambil tahu oleh saya. Yang bermain difikiran saya hanyalah Jalur Gemilang dikibarkan pada Hari Kemerdekaan dan hanyalah cuti umum yang dinanti-nantikan. Melalui proses penyiapan projek ini, telah memdedahkan saya kepada sejarah Jalur Gemilang. Sambil itu, saya mendapati isu-isu negatif yang berlaku mengenai Jalur Gemilang, yang dilakukan oleh rakyat sendiri dan rakyat luar. Antaranya ialah rakyat sendiri yang tidak mengendahkan tentang bendera Malaysia yang jatuh dilantai atau rakyat Indonesia yang telah membakar bendera Malaysia. Hal ini telah membuatkan saya berasa kecewa dan marah. Akan tetapi ada juga isu yang positif seperti Jalur Gemilang yang dikibarkan di persada dunia oleh hero-hero Negara justeru mengharumkan nama Negara. Jalur gemilang bukan sekadar bendera tetapi ia simbolik perpaduan dan imej Negara. Saya berharap agar rakyat Malaysia sedar akan perkara ini dan berinisiatif untuk mencari maklumat mengenai sejarah Negara justeru cintakan Negara. Perbuatan kita terhadap bendera Negara kita secara tidak langsung menggambarkan pengertian kita terhadap Negara Malaysia kita.

Friday 25 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 11

TARIKH: 22 NOVEMBER 2016

 Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perbezaan antara sirah Rasulullah SAW dan Salafussoleh dalam beberapa aspek seperti ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah dan mas'uliyyah. Selain itu, saya turut mempelajari tentang betapa pentingnya wanita dan anak-anak, haiwan dan tumbuhan dalam Islam. Maka dengan itu, saya berazam untuk memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu di atas agar saya dapat mempraktikkan dan mengamalkan konsep-konsep yang baik di dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contoh, saya dapat mengambil konsep syura untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam masyarakat yang majmuk di Malaysia.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang sifat Al-mahabbah yang bermaksud berkasih-sayang. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sifat menyayangi dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. berkasih sayang merupakan satu sifat kemanusiaan yakni fitrah yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat. Sifat ini dapat mengikat hubungan kemesraan dan secara tidak langsung dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad dengki dan iri hati antara kaum,menghilangkan perasaan benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang apa yang kita perlu aplikasikan dalam kehidupan seharian. Antara sifat itu ialah, Al-tafahum, Al-Taruf, Al-taawun, Al-tadhamun, Al-ukhuwah dan Al-mahabbah. Di antara asas-asas ini, apa yang saya boleh lihat ialah kita sebagai satu masyarakat yang bersaudara perlu ada sikap saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sikap untuk menyayangi masyarakat lain tidak kira kaum apa sekalipun. Hal ini keraa kita sebagai rakyat yang hidup di dalam satu kelompok haruslah saling bertolak ansur.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-Ukhuwah iaitu persaudaraan dan perhubungan yang rapat seperti isi dan kuku. Apa yang saya belajar ialah persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Maka dengan ini,saya berazam untuk berbaik baik dan saling menyayangi sesama keluarga, saudara dan kawan-kawan demi menjamin hidup yang lebih bahagia dan disayangi. 
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-taaruf. Al-taaruf bermaksud berkenal-kenalan. Ia merupakan salah satu fitrah manusia untuk berkasih sayang dan saling berhubung antara satu sama lain. Sebagai contoh, daripada Nabi Adam dan Hawa, Allah menciptakan manusia yang berbilang bangsa, keturunan agama dan bahasa. Di sini, Allah menyuruh kita untuk berkenalan antara satu sama lain dan mempraktikkan perkara yang baik daripada satu-satu bangsa. Selain itu, jika ada kefahaman antara diri masing-masing setelah berkenal-kenalan, maka kesepakatan dan kedamaian akan dicapai.
     Oleh itu, saya berazam untuk saling kenal - mengenali dan meningkatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Ini kerana, ia dapat meluaskan pandangan saya dan tidak bersikap prejudis terhadap satu-satu kaum ataupun bangsa.  
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep Al-Ukhuwah yakni persaudaraan. Islam mengamalkan konsep ukhuwah antara satu sama lain. Persaudaraan yang diasaskan kepada iman dan takwa akan melahirkan peresaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesame manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri.

Saturday 19 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 10

TARIKH: 15 NOVEMBER 2016


Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan sebab rukun negara dibentuk, iaitu dibentuk disebabkan peristiwa 13Mei1969 dimana berlakunya rusuhan kaum sehingga terjadinya darurat. Majlis gerakan negara telah mengambil langkah untuk menangani tragedi seperti ini supaya tidak berulang lagi. Pelbagai iktibar yang boleh diambil dari peristiwa tersebut. Maka dengan ini, saya berazam untuk patuh kepada rukun negara supaya kita sesama rakyat Malaysia akan hidup dengan aman.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa:
  • Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah tahap mentaliti orang melayu. Walaupun Malaysia adalah negara yang sedang menuju negara berpendapatan tinggi, namun masih ada lagi segelintir masyarakat kata masih dengan pemikiran ditahap lama. Contohnya seperti orang melayu kita kalau nak kaya kena banyak simpan duit tetapi Islam mengajar kita untuk lebih banyak bersedekah. Oleh itu saya berazam untuk lebih banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.
Syahmi Farhan bin Mustakim
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang penubuhan system pendidikan yang diusahakan oleh kerajaan untuk anak bangsa Melayu dan Bumiputera . Orginisasi RIDA yang bermaksud “ Rebut Ilmu Dan Amalkan” pada tahun 1950 oleh Dato’ Onn Jaafar merupakan salah satu usaha kerajaan. RIDA berkembang menjadi Maktab MARA seterusnya Institut Teknologi Mara (ITM) dan kini Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hal ini membuatkan saya sebagai pelajar UiTM berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.

Tuesday 15 November 2016

SHARING BAB 6

Penghayatan Rukun Negara: Apa dan Bagaimana - Prinsip Rukun Negara yang pertama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kepercayaan kepada Tuhan?

1. Prinsip ini menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mestilah mempunyai pegangan atau anutan agama dan sistem kepercayaan.

2. Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta Alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

3. Individu yang percaya kepada tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.

4. Pegangan agama yang kukuh akan menjamin Malaysia satu bangsa negara yang berdaulat.

5. Kehidupan beragama membolehkan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang berkhlak mulia, bermoral dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

6. Melayu adalah golongan majoriti dan orang Melayu beragama islam, maka islam dipilih menjadi agama persekutuan sementara etnik lain bebas mengamalkan agama mereka secara harmoni.

Cara menghayati prinsip rukun negara yang pertama.

1. Melakukan amalan yang baik seperti yang dipraktikkan dari agama masing-masing.

2. Menghormati agama-agama lain.

3. Toleransi terhadap agama lain. Contohnya: Guru bukan Islam memberi ruang kepada pelajar Islam untuk solat dahulu  sebelum memulakan kelas.

Kesimpulan

Setiap rakyat di Malaysia mestilah mempunyai pegangan dan agama supaya segala perkara yang dibuat adalah berlandaskan agama dan kepercayaan masing-masing.

Wednesday 9 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

SOALAN : DALAM WAWASAN 2020, TERDAPAT 9 CABARAN. ANALISAKAN SETAKAT MANA KEUPAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENGHADAPI 9 CABARAN TERSEBUT.

9 cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020 ialah:




Cabaran pertama



• Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat
  yang dikongsi bersama. iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di
   peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
   sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang
   mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.



Cabaran kedua



• Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada,
  dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.
  masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai
  kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada
  sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.



Cabaran ketiga



• Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan
  satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh
  menjadi contoh kepada banyak negara membangun.



 Cabaran keempat



• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai
 agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.



Cabaran kelima



• Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana
  masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat,
  kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama
  meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.



Cabaran keenam



• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
 mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang
 bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
 kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan



Cabaran ketujuh



• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu
  sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
  daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar
  kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang
   kukuh.



Cabaran kelapan



• Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu
  masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
  adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap
  rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak
  akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
  ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.



Cabaran kesembilan



• Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
  bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. 


- Secara keseluruhannya, ada sesetengah cabaran yang rakyat Malaysia tidak mampu menanganinya sebagai contoh cabaran satu, tiga, empat, tujuh dan lapan. Hal ini kerana, politik di Malaysia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Tambahan pula, kes-kes jenayah di Malaysia masih lagi berlaku pada kadar yang tinggi. Secara tidak langsung, nilai moral seperti saling menyayangi dan hormat menghormati tidak diterapkan secara sempurna. Ekonomi negara juga berada pada keadaan yang tidak stabil. Rakyat tidak tahu sama ada pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara adil dan saksama. Hal ini dapat dilihat melalui jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya yang masih lagi besar. Perpaduan kaum di Malaysia telah dicapai tetapi ianya tidak tercapai secara sepenuhnya kerana ada segelintir masyarakat yang masih bersikap racist. 




SOALAN: BAGAIMANAKAH KERAJAAN MEREALISASIKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN SECARA ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.

Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan.

Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu.

Kerajaan telah mengusahakan strategi dimana DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif DPN ialah memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Antara startegi pelaksanaan DPN ialah:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 
(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat