Wednesday, 19 October 2016

Sharing Bab 2

DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN


Antara definisi-definisi Perlembagaan adalah:

  • Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
  • Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa awam dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
  • Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. 

Peranan Perlembagaan:
  • Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

Jenis-jenis Perlembagaan:
  1. Perlembagaan bertulis.

    • Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
    • Contoh: Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
        2. Perlembagaan tidak bertulis.
    • Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen.
    • Contoh: Adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah.
    • Contoh: Negara yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis adalah New Zealand, United Kingdom dan Israel.
       

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 6

TARIKH: 18 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan ke atas tanah melayu di mana mereka membawa konsep colonialisme, sekularisme, dualisme, materialisme dan capitalisme, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak terpengaruh dengan konsep-konsep di atas dan belajar bukan sahaja ilmu dunia malah juga dunia akhirat.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan British dari segi ekonomi iaitu dengan memisahkan kaum Melayu, Cina dan India. Kesan dari pemisahan ini berlakunya ketidak seimbangan dan juga perpecahan kaum. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak memandang rendah terhadap kaum lain kerana setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka. Saya juga akan menjaga hubungan saya dengan kaum lain dan meghormati mereka. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang fasa dan kesan penjajahan terhadap hubungan kaum, maka dengan itu, saya berazam untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu-isu sekularisme, dualisme, materilisme. Dari kesan penjajahan itu, saya mengetahui bahawa pihak British memberi kesan yang besar terhadap tanah melayu.

Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang hadis 40 berkaitan iman,islam dan ihsan, maka dengan itu, saya berazam untuk mengenali ilmu tasawuf dengan lebih mendalam. Saya akan memikirkan perkaitan segala benda yang wujud di dunia ini dengan Allah. Saya juga mempelajari bahawa tiada seorang pun yang murtad selama 466 tahun tanah melayu di jajah. Ini menunjukkan betapa orang islam masih berpegang kepada Islam walaupun diterapkan dengan ilmu agama lain semasa penjajahan tersebut. Maka dengan ini, saya berazam untuk memantapkan lagi ilmu akidah saya terhadap Islam dan sentiasa bersyukur boleh menjalan kan ibadah dengan tenang dan tidak sukar seperti masyarakat islam dahulu.

Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang satu fakta yang telah mengubah persepsi saya terhadap masyarakat Islam di tanah melayu. Apa yang menarik perhatian saya ialah selama 466 tahun tanah melayu dijajah, tidak ada seorang pun orang Islam yang murtad. Oleh itu saya berazam untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan saya terhadap Allah.

Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kesan penjajahan ke atas Tanah Melayu. Pentingnya pemimpin dalam sesebuah negara dimana setiap keputusan dilakukan pemimpin mempengaruhi besar akan keadaan negara. Pemimpin juga salah satu faktor utama penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Saya berazam untuk menjadi pemimpin yang adil mengikut syariat Islam.

Sunday, 16 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 5

TARIKH: 11 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 8 -13 dan sedikit mengenai kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk memahami dengan lebih mendalam ayat-ayat al-Quran dan saya juga berazam untuk menjauhkan diri daripada sikap pentingkan diri sendiri memandangkan masyarakat melayu terdahulu sudahpun menjadi masyarakat majmuk.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat dan sedikit tentang kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk berlaku adil apabila mendamaikan dua pihak. Saya juga berazam untuk mengotakan janji dan memuliakan tetamu kerana itu merupakan sifat mulia orang Arab. Saya juga akan cuba untuk tidak menyesali perbuatan yang dulu dengan menggunakan perkataan "kalau". Saya juga akan mempelajari dengan lebih mendalam tentang kerajaan melayu awal bagi menambah ilmu pengetahun saya.  

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 8-13 dan sedikit mengenai kerajaan melayu awal, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak menyesali perkara yang telah berlaku. Saya juga akan cuba mendamaikan sekiranya rakan-rakan saya berselisihan faham kerana setiap mukmin itu bersaudara. Daripada pengetahuan saya tentang kerajaan melayu awal, saya dapat mengetahui tentang hubungan masyarakat antara pedagang-pedagang terdahulu.

Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al Hujurat ayat 8-13 dimana ada menerangkan supaya kita tidak dengki dan membuka aib orang lain , maka dengan itu, saya berazam untuk bersihkan hati dan tidak mempunyai sifat hasad dengki terhadap orang lain. Saya juga berazam untuk tidak tajasus dan mencari kesalahan dan aib orang lain. Jika ada di antara kawan kawan saya ada terlepas pandang membuat kesalahan, saya akan cuba mendapatkan penjelasan dan tidak terburu buru menegur dan menghukum. Saya percaya setiap orang ada sebab sendiri terhadap perbuatan masing-masing. Saya berazam untuk saya lebih fokus terhadap amalan saya sendiri terhadap agama.

Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang surah Al- Hujurat ayt 8-13 dan sedikit mengenai kerajaan Melayu awal. Saya berazam untuk berlaku adil dan mendamaikan dua pihak yang berselisih faham. Selain dari menerapkan nilai bangsa Melayu yang bersopan santun, saya ingin mencontohi sifat bangsa Arab yang berani dan memuliakan tetamu yang datang ke rumah.

Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang penggunaan kata dalam kehidupan seharian kita, maka dengan itu, saya berazam untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan 'kalau' kerana ianya dapat menyebabkan akidah kita terpesong dan tidak beriman dengan Qada' dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Monday, 10 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 4

TARIKH: 4 OKTOBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu berita terdahulu sebelum menyampaikan berita itu kepada orang lain serta untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perlunya ilmu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah Saw.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk membuktikan kebenaran sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Saya juga berazam untuk menuruti contoh-contoh daripada Rasullulah SAW dan menanamkan lagi rasa cinta terhadap Rasulullah SAW. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6 - 7, maka dengan itu, saya berazam untuk memastikan setiap berita yang diperoleh adalah sahih dan benar. Hal ini kerana berita yang palsu boleh memberi keburukan kepada orang lain dan memudaratkan. Saya juga berazam untuk mendalami ilmu agar dapat mengetahui tentang kesahihan dan kebenaran setiap berita yang diperoleh.

Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Surah Al-Hujurat ayat 6-7. Ia menceritakan tentang setiap berita perlulah mempunyai bukti sahih dan benar untuk mengelak dari kesan buruk seperti fitnah. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak cepat terpengaruh dengan khabar angin. Saya berazam untuk memastikan perkara itu daripada sumber yang benar. Saya juga berazam untuk mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. 

Mohd Nazeerul Bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang bahayanya sikap prejudis. Sikap ini akan membawa kesan negatif yang lebih besar pada masa yang akan datang, maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa memperbetulkan niat dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara dan sentiasa bersangka baik. 

Syahmi Farhan Bin Mustakim :
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang surah Al-Hujurat ayat 6-7. Dimana setiap berita perlulah mempunyai bukti yang sahih dan daripada sumber yang benar. Penyebaran berita palsu dapat menjatuhkan perpaduan manusia. Saya berazam untuk memastikan sesuatu berita benar dan mempunyai bukti sebelum mempercayainya dan lebih mengenali Rasullulah dan perjuangannya. Dengan itu dapat mencintai Rasullulah dan mengikuti Sunnah baginda.

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 3

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2016

Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:

  • Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa manusia bermasyarakat sejak dari alam roh lagi, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak berprasangka jahat dan memandang negatif terhadap orang lain.

Aina Wafa Binti Roszeman:

  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang isu perkauman, maka dengan itu, saya berazam untuk berlaku adil dengan semua kaum, tidak merendahkan kaum lain, menghormati adat dan budaya mereka, sentiasa memberikan pandangan yang positif serta tidak melabelkan mereka dengan nilai-nilai negatif.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia, maka dengan itu, saya berazam untuk tidak memandang kaum lain dari sudut negatif dan bersepadu dalam hubungan etnik. Saya juga akan memupuk sikap untuk tidak menghadkan pemikiran terhadap pemikiran terhadap kaum melayu sahaja. Hal ini kerana dalam negara kita terdapat pelbagai bangsa dan agama. Sebagai masyarakat yang berlainan bangsa, saya juga berazam untuk menghormati bangsa lain supaya bangsa kita turut dihormati

Najwatul Nabila Binti Munajar

  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang kepercayaan dan budaya manusia mengikut agama dan kaum  masing-masing. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghormati dan tidak merendahkan kepercayaan dan adat kaum lain demi menjamin kedamaian masyarakat. Manusia telah bermasyarakat sejak dari alam roh, jadi kita sebagai manusia harus menghormati sesama sendiri.

Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang tujuan kita hidup di dalam dunia ini. Ianya adalah untuk mengotakan janji kita pada Allah yang telah dilakukan ketika kita di alam Roh dan diberi nama Perjanjian Asali. Maka dengan itu, saya berazam untuk menunaikan janji saya berlandaskan syariah Islam selagi hayat dikandung badan.

Syahmi Farhan Bin Mustakim
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa manusia bergantung antara satu sama lain hingga terjalin hubungan dan hidup bermasyarakat. Hubungan bermasyarakat ini telah terjalin dari alam roh lagi. Ini membuatkan saya berazam untuk mengingati antara satu sama lain tidak mengira bangsa untuk melakukan kebaikan.