Monday, 12 December 2016

Sharing Bab 3 Hubungan Kaum Dimadinah

Golongan Kaum Di Madinah
Penduduk Madinah ada 3 golongan iaitu:
v  Kaum muslimin yang terdiri dari kaum Muhajirin dan Ansar, dan ini    adalah kelompok majoriti.
v  Kaum musyrikin iaitu orang-orang suku  kaum Aus dan Kharaj yang belum masuk Islam
v  Kaum Yahudi yang terdiri dari empat kelompok
                                         
Piagam Madinah
•       Piagam Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (muhajirin dan ansar) dan antara kaum islam dan yahudi.
•       Piagam Madinah dianggap perlembagaan bertulis pertama di dunia.
•       Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu.
•       Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah.
•       Hukum Islam ditegakkan keatas semua orang, termasuk non muslim di luar perkara ibadah dan aqidah.

Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara yang berikut :
•       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan muslimin
•       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan yahudi
•       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan musyrikin
•       Perjanjian yang melibatkan semua pihak berkaitan dengan peraturan -
               peraturan umum

Piagam Madinah juga memberi garis panduan tentang dasar pentadbiran negara Islam iaitu:
•       Nabi Muhammad  ialah pemimpin masyarakat
•       Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara
•       Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka
•       Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama

•       Fungsi sahifah adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kepada orang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment