Monday, 12 December 2016

Sharing Bab 7 Survival Melayu -Pendidikan


        Kerajaan berperanan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera terus terjamin melalui sistem pendidikan. Hal ini supaya orang Melayu mampu mencapai mutu pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, berdaya saing dan setaraf di peringkat antarabangsa.

       Kerajaan berhasrat supaya orang Melayu dapat mengubah taraf hidup dari belenggu kemiskinan kepada yang lebih baik. Melalui sistem pendidikan , dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang menceburi bidang professional dan semi professional yang diiktiraf oleh dunia seperti doktor , jurutera, akauntan dan lain lagi.

      Sejarah pendidikan orang Melayu bermula di era 1950an dengan bantuan Dato' Onn Jaafar.

  • Membina satu organisasi yang dapat membantu dan melatih orang Melayu.
  • Memberi latihan dan kemahiran kepada orang Melayu miskin luar bandar untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi supaya orang Melayu dapat mengambil bahagian dalam dunia perdagangan moden.
  • Ekoran inisiatif tersebut, maka lahirlah RIDA iaitu Rural Industrial Development Authority di bawah MARA dengan motto "Rebut Ilmu Dan Amalkan". 
RIDA ditubuhkan pada November 1950. Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai pengerusi pertama. 1956 dibawah seliaan En. Abdul Samad bin Ibrahim, terdapat dua pusat latihan.
  • Dewan Latihan RIDA di Petaling Jaya.
  • Taman Asuhan RIDA di Kuala Lumpur
         RIDA mempunyai dua kursus iaitu jangka panjang dan jangka pendek berkembang menjadi Maktab MARA pada 1965. Bidang yang ditumpukan ialah perniagaan dan pengajian professional. Pada 1 December 1965 Tan Sri Arshad Ayob dilantik sebagai pengetua Maktab MARA.

        Maktab MARA terus berkembang menjadi Institut Teknologi MARA (ITM). ITM terus berkembang dan bilangan pelajar meningkat dan lebih 60 program pengajian ditawarkan. Kini ITM dinaik taraf sebagai Universiti dengan nama UITM.

       UITM telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 1999 dan Yang diPertuan Agong menjadi canselor kepada UITM sebagai status simbolik peranan YDP Agong sebagai pembela hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

No comments:

Post a Comment