Monday, 7 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8

SOALAN: DENGAN MENGAMBIL KAEDAH PEMBANGUNAN EKONOMI RASULULLAH SAW, BINCANGKAN USAHA PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DIJALANKAN SEKARANG.

Kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW adalah
  1. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Penubuhan Baitulmal
  3. Pembinaan masjid
  4. Pembentukan Piagam Madinah
Usaha pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang adalah memastikan asas ekonomi benar-benar dijalankan dengan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh, riba'. Pada zaman Rasulullah SAW, Riba' adalah haram. Oleh itu, negara Malaysia tidak seharusnya mengamalkan konsep riba'. Walaupun, riba' merupakan salah satu pendapatan negara, akan tetapi ia dapat digantikan dengan cara dan alternatif yang lain.

Rasulullah SAW telah menubuhkan Baitulmal bagi menguruskan kewangan negara. Namun begitu, Baginda tidak mengamalkan konsep ini kerana pada waktu itu, sumber ekonomi terbatas. Khalifah Uthman kemudiannya dilantik untuk memegang kunci baitulmal, tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh. Sistem Baitulmal digunakan oleh Khalifah Umar kerana harta negara Islam semakin bertambah. Pada zaman ini, sistem Baitulmal masih dijalankan, namun begitu sistem tersebut tidak dijalankan dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membaiki pembangunan ekonomi sekarang, kita perlu memahami konsep Baitulmal dengan lebih mendalam supaya harta negara Islam dapat digunakan dengan sebaiknya.

Pembinaan masjid ketika zaman Rasulullah SAW bukan sahaja bertujuan untuk beribadah, akan tetapi ianya turut digunakan untuk menjalankan perniagaan. Terdapat aktiviti jual-beli dijalankan di sekitar masjid. Hal ini dapat diterapkan pada zaman sekarang di mana sekiranya terdapat peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti jual beli di sekitar masjid, kita tidak seharusnya melarang mereka. Malah, ianya patut digalakkan selagi tidak menggangu ketenteraman masjid.

Pada zaman Rasulullah SAW, Piagam Madinah telah dibentuk di mana amalan sedekah dan kewajipan zakat dilaksanakan. Perkara ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan hidup. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara. Pada zaman ini, perlembagaan Malaysia dibentuk dan turut mengamalkan konsep zakat. Namun begitu, perlembagaan Malaysia memberi fokus kepada sistem pungutan cukai. Cukai yang tinggi membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mengenakan cukai yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.







SOALAN: NILAIKAN TAHAP EKONOMI MALAYSIA DARI TAHUN 2014-2016 BERDASARKAN UKURAN KUANTITI DAN KUALITI


2014

Ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus. Pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.
 Kekuatan negara termasuk asas makroekonomi yang kukuh seperti ekonomi yang pelbagai; kadar pengangguran yang rendah; rizab antarabangsa yang kukuh; peningkatan peranan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan dengan menyumbang sebanyak 68.9% daripada jumlah pelaburan dalam tempoh separuh pertama 2014; dan sistem kewangan yang teguh untuk menyokong aktiviti ekonomi.

 Pada 2014, ekonomi dijangka berkembang 5.5% hingga 6% (2013: 4.7%) lebih tinggi berbanding unjuran 4.5% hingga 5.5% yang dibuat pada awal 2014. Negara turut mencatatkan surplus sebanyak 4% pada tahun 2014 menunjukkan kerajaan mempunyai lebihan wang pada kewangannya. Ini membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya dan ia menurun dari 54.7% KDNK kepada 53.9% di penghujung 2014.

2015

 Pertumbuhan KDNK tahun 2015 berada pada tahap 4.5-5.5 %. Pada tahun lalu KDNK berada pada tahap 5-6% iaitu kurang 1.4 % sahaja berbanding negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Dalam sektor luar negeri, akaun semasa imbangan pembayaran diunjurkan kekal dalam kedudukan lebihan sebanyak RM21.4 billion atau 2-3% daripada pendapatan negara kasar (PNK).

  Inflasi dijangka berpurata sebanyak 2-3% pada tahun 2015 (2014:3..2%) disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah. Keadaan pasaran guna tenaga kekal mantap, dengan kadar pengangguran sebanyak 3%. Permintaan dalam negeri dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 6%), diterajui oleh perbelanjaan sektor swasta.
 Penggunaan swasta diunjurkan berkembang sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 7.1%). Kenaikan gaji sebanyak 5.8% pada tahun 2015 (2014: 5.4%). Pada tahun 2015, kadar pengangguran diunjurkan kekal stabil pada 3% (2014: 2.9%).


2016

 Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. OCBC menjangka ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

 OCBC menjangka harga minyak mentah akan meningkat sedikit kepada US$35 suku pertama tahun ini, diikuti kepada US$40, US$45 dan US$50 setiap suku sehingga suku keempat 2016. OCBC meletakkan unjuran harga tersebut bagi kedua-dua penanda aras Brent dan WTI. Inflasi dan kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan inflasi ke atas barangan yang diimport.


 Defisit bajet berlaku apabila kerajaan berbelanja lebih dari pendapatannya. Tahap defisit bajet yang sihat bagi negara membangun adalah 5%, bermakna perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan sebanyak 5%. Malaysia berharap untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.1% bagi 2016. Defisit bajet mungkin berada pada paras 3.4 atau 3.5% bagi 2016, bukan 3.1%. Defisit yang lebih tinggi juga pada masa yang sama bermakna, akan ada pemotongan perbelanjaan.














disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

No comments:

Post a Comment