TARIKH : 8/11/2016
SOALAN : Apakah ciri-ciri politik yang stabil?
1. Bebas dari unsur rasuah.
Rasuah adalah satu jenayah yang sangat besar dalam sesebuah negara. Kegiatan rasuah yang berleluasa akan menurunkan kredibiliti negara. Nasib orang yang tidak bersalah tidak akan terbela dan jenayah orang bersalah dapat ditutup dengan duit rasuah. Pemimpin serta para menteri haruslah menghindari rasuah supaya segala peraturan dan undang-undang di negara ini dapat dijalankan dengan adil. Negara akan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan jika gejala rasuah terus menular.
2. Pembangunan modal insan yang berkualiti.
Setiap individu di negara wajarlah untuk menjaga segala tingkah laku, berpendidikan, berdisiplin, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mempunyai keperayaan yang kukuh terhadap agama masing-masing. Kestabilan politik dan kualiti negara juga bergantung kepada tahap modal insan setiap individu. Jadi, rakyat memainkan peranan untuk menerapkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kestabilan politik dan kemajuan negara.
3. Rakyat memahami dan menerima sistem potlitik negara.
Pihak berkuasa perlu memberi pendedahan yang luas kepada rakyat tentang sistem politik negara agar tidak berlaku perselisahan faham. Apabila sistem politik tersebut dapat difahami oleh rakyat, pelaksanaan ke atas dasar-dasar baru dalam pentadbiran akan berjalan dengan lancar. Contohnya, Malaysia menggunakan sistem demokrasi. Rakyat seharusnya memahami dengan lebih mendalam tentang sistem ini kerana hal ini juga akan mempengaruhi untuk rakyat membuat pilihan dengan lebih tepat untuk mengundi.
No comments:
Post a Comment