Wednesday, 9 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

SOALAN : DALAM WAWASAN 2020, TERDAPAT 9 CABARAN. ANALISAKAN SETAKAT MANA KEUPAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENGHADAPI 9 CABARAN TERSEBUT.

9 cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020 ialah:




Cabaran pertama



• Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat
  yang dikongsi bersama. iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di
   peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
   sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang
   mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.



Cabaran kedua



• Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada,
  dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.
  masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai
  kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada
  sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.



Cabaran ketiga



• Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan
  satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh
  menjadi contoh kepada banyak negara membangun.



 Cabaran keempat



• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai
 agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.



Cabaran kelima



• Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana
  masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat,
  kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama
  meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.



Cabaran keenam



• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
 mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang
 bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
 kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan



Cabaran ketujuh



• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu
  sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
  daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar
  kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang
   kukuh.



Cabaran kelapan



• Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu
  masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
  adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap
  rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak
  akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
  ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.



Cabaran kesembilan



• Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
  bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. 


- Secara keseluruhannya, ada sesetengah cabaran yang rakyat Malaysia tidak mampu menanganinya sebagai contoh cabaran satu, tiga, empat, tujuh dan lapan. Hal ini kerana, politik di Malaysia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Tambahan pula, kes-kes jenayah di Malaysia masih lagi berlaku pada kadar yang tinggi. Secara tidak langsung, nilai moral seperti saling menyayangi dan hormat menghormati tidak diterapkan secara sempurna. Ekonomi negara juga berada pada keadaan yang tidak stabil. Rakyat tidak tahu sama ada pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara adil dan saksama. Hal ini dapat dilihat melalui jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya yang masih lagi besar. Perpaduan kaum di Malaysia telah dicapai tetapi ianya tidak tercapai secara sepenuhnya kerana ada segelintir masyarakat yang masih bersikap racist. 




SOALAN: BAGAIMANAKAH KERAJAAN MEREALISASIKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN SECARA ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.

Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan.

Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu.

Kerajaan telah mengusahakan strategi dimana DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif DPN ialah memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Antara startegi pelaksanaan DPN ialah:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 
(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat












No comments:

Post a Comment