TARIKH : 8/11/2016
SOALAN : Apakah ciri-ciri politik yang stabil?
1. Bebas dari unsur rasuah.
Rasuah adalah satu jenayah yang sangat besar dalam sesebuah negara. Kegiatan rasuah yang berleluasa akan menurunkan kredibiliti negara. Nasib orang yang tidak bersalah tidak akan terbela dan jenayah orang bersalah dapat ditutup dengan duit rasuah. Pemimpin serta para menteri haruslah menghindari rasuah supaya segala peraturan dan undang-undang di negara ini dapat dijalankan dengan adil. Negara akan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan jika gejala rasuah terus menular.
2. Pembangunan modal insan yang berkualiti.
Setiap individu di negara wajarlah untuk menjaga segala tingkah laku, berpendidikan, berdisiplin, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mempunyai keperayaan yang kukuh terhadap agama masing-masing. Kestabilan politik dan kualiti negara juga bergantung kepada tahap modal insan setiap individu. Jadi, rakyat memainkan peranan untuk menerapkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kestabilan politik dan kemajuan negara.
3. Rakyat memahami dan menerima sistem potlitik negara.
Pihak berkuasa perlu memberi pendedahan yang luas kepada rakyat tentang sistem politik negara agar tidak berlaku perselisahan faham. Apabila sistem politik tersebut dapat difahami oleh rakyat, pelaksanaan ke atas dasar-dasar baru dalam pentadbiran akan berjalan dengan lancar. Contohnya, Malaysia menggunakan sistem demokrasi. Rakyat seharusnya memahami dengan lebih mendalam tentang sistem ini kerana hal ini juga akan mempengaruhi untuk rakyat membuat pilihan dengan lebih tepat untuk mengundi.
Tuesday, 8 November 2016
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 9
TARIKH: 8 NOVEMBER 2016
Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik, maka dengan itu, saya berazam untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memilih pemimpin atau parti politik yang benar dan adil serta amanah dalam mentadbir negara. Saya juga berazam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang sesebuah parti politik sebelum membuat keputusan agar undian yang akan saya lakukan adalah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman saya terhadap parti politik mana yang lebih layak.
Aina Wafa Binti Roszeman:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam mejaga kestabilan politik iaitu mengambil bahagian dalam pilihan raya, tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan memilih parti politik yang benar dan layak. Maka dengan itu, saya berazam untuk menjalankan peranan saya sebagai rakyat Malaysia demi menjamin kestabilan politik negara saya .
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik. Peranan rakyat amat penting dalam menjaga kestabilan politik negara kerana pemilihan pemimpin berada di tangan rakyat. Ianya dijalankan melalui pilihan raya. Maka dengan itu,saya berazam untuk memilih pemimpin dengan sebaiknya memandangkan pilihan raya yang terdekat ini adalah kali pertama saya mengundi.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
- Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa:
- Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
- Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
SHARING BAB 4
PENYESUAIAN HIDUP DENGAN KEADAAN EKONOMI SEMASA
Keadaan ekonomi di Malaysa seperti yang kita ketahui berada dalam keadaan yang tidak stabil. Antara perkara yang mungkin akan berlaku pada tahun 2016 ialah :-
PENYESUAIAN HIDUP DENGAN KEADAAN EKONOMI SEMASA
Keadaan ekonomi di Malaysa seperti yang kita ketahui berada dalam keadaan yang tidak stabil. Antara perkara yang mungkin akan berlaku pada tahun 2016 ialah :-
- Pertumbuhan ekonomi negara mungkin berkurangan.
- Ringgit mungkin akan mencecah RM 4.59 kepada Dollar pada hujung tahun.
- Harga minyak mungkin akan naik semula.
- Kos sara hidup mungkin akan terus meningkat.
- Pembuangan pekerja sektor minyak dan gas tidak akan bertambah buruk.
- Definisi bajet mungkin lebih 3.1%
- Pinjaman anda diproses seperti biasa oleh OCBC.
- Tidak mustahil Malaysia akan bajet semula sekali lagi.
Oleh kerana keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, kita mestilah mengubah semula gaya hidup kita agar bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.
Kita boleh mengambil contoh dari Rasulullah iaitu berusaha bersungguh-sungguh. Maksudnya di sini, kita perlulah berusaha mencari rezeki dengan tdak mengharapkan bantuan dari orang lain. Allah S.W.T akan membantu hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki. Mereka yang mencari rezeki dari titik peluh mereka lebih baik dari meminta-minta dari orang lain. Sifat orang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi pada masa yang sama tidak melalaikan tanggungjawab mereka untuk beribadah kepada Allah. Bekerja semata-mata tanpa matlamat yang jelas iaitu tidak menginfakkan harta ke jalan Allah akan menyebabkan seseorang mementingkan dunia semata-mata.
Seterusnya ialah berbelanja secara sederhana. Oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, rakyat perlulah mengubah gaya hidup mereka agar sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Rakyat juga perlulah belajar berjimat dan berhemat. Rakyat yang mengalami masalah kewangan boleh memanfaatkan kemudahan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menguruskan kewangan mereka. Rakyat juga boleh mendapatkan nasihat dari bank perdagangan tentang pinjaman.
Seterusnya ialah menabung. Menabung merupakan amalan mulia. Setiap ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menabung juga boleh dijadikan sebagai satu pelaburan untuk pada masa akan datang.
Monday, 7 November 2016
KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8
SOALAN: ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN?
Antara tujuan-tujuan zakat ialah:
Antara tujuan-tujuan zakat ialah:
- Memiliki kecintaan terhadap harta kekayaan merupakan naluri manusia yang mendorongnya untuk sentiasa mempertahankan harta kekayaannya. Islam mewajibkan zakat sebagai pembersih hati manusia dari sikap rakus, pelit, dan tamak, juga untuk menghilangkan sikap mencintai dan ambisi terhadap dunia. Allah SWT berfirman, “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.” (At-Taubah: 103)
- Dasar memberikan zakat adalah empati dan rasa saling membantu. Kerana pada prinsipnya naluri manusia itu akan lebih dekat dan akrab kepada orang yang peduli dan berbuat baik kepadanya. Dengan begitu, akan terbentuk masyarakat muslim yang saling mencintai dan menolong seperti sebuah bangunan yang saling menumpang antara satu sisi dengan sisi lainnya sehingga dapat mengurangi kes pencurian dan tindakan kriminal lainnya.
- Dengan zakat, akan tercapai makna dan inti ibadah juga makna tunduk yang mutlak serta penyerahan diri yang sempurna kepada Allah, Tuhan semesta alam. Ketika orang kaya mengeluarkan zakat hartanya, maka pada hakikatnya dia telah melaksanakan perintah Allah dan telah mensyukuri nikmat Allah. Allah berfirman, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Ibrahim: 7)
- Zakat juga boleh mendukung tercapainya program jaminan sosial dan keseimbangan keadaan masyarakat, agar tidak ada jurang yang terlalu jauh antara si kaya dan si miskin. Dengan mengeluarkan zakat, maka kekayaan dan harta tidak hanya berada di kalangan tertentu saja, tapi akan merata di seluruh lapisan masyarakat. Allah berfirman, “Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Al-Hasyr: 7)
KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8
SOALAN: DENGAN MENGAMBIL KAEDAH PEMBANGUNAN EKONOMI RASULULLAH SAW, BINCANGKAN USAHA PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DIJALANKAN SEKARANG.
Kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW adalah- Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
- Penubuhan Baitulmal
- Pembinaan masjid
- Pembentukan Piagam Madinah
Rasulullah SAW telah menubuhkan Baitulmal bagi menguruskan kewangan negara. Namun begitu, Baginda tidak mengamalkan konsep ini kerana pada waktu itu, sumber ekonomi terbatas. Khalifah Uthman kemudiannya dilantik untuk memegang kunci baitulmal, tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh. Sistem Baitulmal digunakan oleh Khalifah Umar kerana harta negara Islam semakin bertambah. Pada zaman ini, sistem Baitulmal masih dijalankan, namun begitu sistem tersebut tidak dijalankan dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membaiki pembangunan ekonomi sekarang, kita perlu memahami konsep Baitulmal dengan lebih mendalam supaya harta negara Islam dapat digunakan dengan sebaiknya.
Pembinaan masjid ketika zaman Rasulullah SAW bukan sahaja bertujuan untuk beribadah, akan tetapi ianya turut digunakan untuk menjalankan perniagaan. Terdapat aktiviti jual-beli dijalankan di sekitar masjid. Hal ini dapat diterapkan pada zaman sekarang di mana sekiranya terdapat peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti jual beli di sekitar masjid, kita tidak seharusnya melarang mereka. Malah, ianya patut digalakkan selagi tidak menggangu ketenteraman masjid.
Pada zaman Rasulullah SAW, Piagam Madinah telah dibentuk di mana amalan sedekah dan kewajipan zakat dilaksanakan. Perkara ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan hidup. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara. Pada zaman ini, perlembagaan Malaysia dibentuk dan turut mengamalkan konsep zakat. Namun begitu, perlembagaan Malaysia memberi fokus kepada sistem pungutan cukai. Cukai yang tinggi membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mengenakan cukai yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.
SOALAN: NILAIKAN TAHAP EKONOMI MALAYSIA DARI TAHUN 2014-2016 BERDASARKAN UKURAN KUANTITI DAN KUALITI
2014
Ekonomi
negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku
kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus. Pertumbuhan ekonomi yang semakin baik
ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus
berbanding 10.8 peratus.
Kekuatan negara termasuk asas makroekonomi
yang kukuh seperti ekonomi yang pelbagai; kadar pengangguran yang rendah; rizab
antarabangsa yang kukuh; peningkatan peranan sektor swasta sebagai pemacu
pertumbuhan dengan menyumbang sebanyak 68.9% daripada jumlah pelaburan dalam
tempoh separuh pertama 2014; dan sistem kewangan yang teguh untuk menyokong
aktiviti ekonomi.
Pada 2014, ekonomi dijangka berkembang 5.5%
hingga 6% (2013: 4.7%) lebih tinggi berbanding unjuran 4.5% hingga 5.5% yang
dibuat pada awal 2014. Negara turut mencatatkan surplus sebanyak 4% pada tahun
2014 menunjukkan kerajaan mempunyai lebihan wang pada kewangannya. Ini
membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya dan ia menurun dari 54.7% KDNK
kepada 53.9% di penghujung 2014.
2015
Pertumbuhan KDNK tahun 2015 berada pada tahap
4.5-5.5 %. Pada tahun lalu KDNK berada pada tahap 5-6% iaitu kurang 1.4 %
sahaja berbanding negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia.
Dalam sektor luar negeri, akaun semasa imbangan pembayaran diunjurkan kekal
dalam kedudukan lebihan sebanyak RM21.4 billion atau 2-3% daripada pendapatan
negara kasar (PNK).
Inflasi dijangka berpurata sebanyak 2-3% pada
tahun 2015 (2014:3..2%) disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih
rendah. Keadaan pasaran guna tenaga kekal mantap, dengan kadar pengangguran
sebanyak 3%. Permintaan dalam negeri dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan
sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 6%), diterajui oleh perbelanjaan sektor
swasta.
Penggunaan swasta diunjurkan berkembang
sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 7.1%). Kenaikan gaji sebanyak 5.8% pada
tahun 2015 (2014: 5.4%). Pada tahun 2015, kadar pengangguran diunjurkan kekal
stabil pada 3% (2014: 2.9%).
2016
Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun
lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. OCBC menjangka
ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti
RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang
Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro,
RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.
OCBC menjangka harga minyak mentah akan
meningkat sedikit kepada US$35 suku pertama tahun ini, diikuti kepada US$40,
US$45 dan US$50 setiap suku sehingga suku keempat 2016. OCBC meletakkan unjuran
harga tersebut bagi kedua-dua penanda aras Brent dan WTI. Inflasi dan kos sara
hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan
inflasi ke atas barangan yang diimport.
Defisit bajet berlaku apabila kerajaan
berbelanja lebih dari pendapatannya. Tahap defisit bajet yang sihat bagi negara
membangun adalah 5%, bermakna perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan
sebanyak 5%. Malaysia berharap untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak
3.1% bagi 2016. Defisit bajet mungkin berada pada paras 3.4 atau 3.5% bagi
2016, bukan 3.1%. Defisit yang lebih tinggi juga pada masa yang sama bermakna,
akan ada pemotongan perbelanjaan.
disebabkan harta negara
Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.
Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj,
usyur, ghanimah dan sedekah.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara
Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.
Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj,
usyur, ghanimah dan sedekah.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara
Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.
Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj,
usyur, ghanimah dan sedekah.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara
Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan.
Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj,
usyur, ghanimah dan sedekah.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 8
TARIKH: 1 NOVEMBER 2016
Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perbezaan teori revolusi Islam dan Barat di mana Zaman Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik zaman manakala bagi Barat, zaman kini adalah terbaik bagi mereka. Maka dengan itu, saya berazam untuk mengikuti pembangunan zaman terkini namun menggunakannya ke arah yang baik kerana Islam tidak menyekat perubahan yang bagus.
Aina Wafa Binti Roszeman:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Teori Evolusi oleh Charles Darwin di mana perubahan dianggap baik. Dalam konteks Barat, perubahan yang dianggap baik selepas berubah itu ialah dari segi material sahaja. Tetapi, Islam menerima perubahan dari Barat tetapi tentang keduniaan sahaja. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghayati dan mengikuti perkembangan terkini selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep hudud. Konsep hudud adalahhukuman yang ditetapkan oleh Allah dan ianya adalah hak Allah. Untuk melaksanakan hudud, ilmu yang mendalam diperlukan. Oleh itu, saya berazam untuk mempelajari tentang hukum hudud dan melihat sejauh mana kesesuaian hukum tersebut untuk dilaksanakan di Malaysia.
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang undang undang jenayah dalam islam. Hukuman yang paling menarik merhtian saya ialah hukum hudud dimana hukum hudud ini ialah hak Allah dan telah diterangkan dalam al-Quran. Sebelum ini saya hanya tahu secara ringkas tentang hudud dan pernah menganggap hudud sebagai hukuman yang sangat tegas. Tapi setelah mempelajarinya dalam kelas CTU555 bersama Ustazah Mahfuzah, saya mendapat pencerahan bahawa terdapat banyak syarat sebelum seorang individu yang bersalah sebelum dikenakan hukum hudud. Contohnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 saksi untuk membuktikan seseorang itu melakukan zina untuk diteruskan dengan hukum rejam sampai mati atau sebat 100 kali terhadap penzina. Hukuman tidak akan diteruskan jika tidak mempunyai 4 saksi. Saya percaya bahawa masyarakat kita juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam ilmu hukum hudud. Oleh itu, saya berazam mendalami lagi tentang undang-undang dalam Islam terutamanya hukum hudud dan cuba untuk mengubah persepsi orang lain tentang hudud kerana masyarakat selalu menganggap hudud ini adalah hukuman yang sangat kejam, sedangkan jika kita mempelajari hudud dengan betul, ia adalah hukum yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukan.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Perlembagaan Malaysia, siapa yang menggubal undang – undang dan macam mana ianya dibahaskan. Oleh itu, saya akan lebih berhati – hati untuk memilih pemimpin pada pilihan raya yang akan datang.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
- Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang ada di Malaysia. Tidak kurang juga mengenai hukum Hudud. Adakah perlaksanaan hukum Hudud bersesuian dilaksanakan di Malaysia dan sejauh mana pengetahuan hukum Hudud oleh rakyat Malaysia.
Monday, 31 October 2016
KERJA MINGGUAN MINGGU KE 7
TARIKH : 25 OKTOBER 2016
Apakah polemik yang timbul berkaitan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)?
Apakah polemik yang timbul berkaitan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355)?
1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?
Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.
2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.
3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam
Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.
Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.
6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.
7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.
8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.
9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jawapan:
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.
10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Jawapan:
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.
Subscribe to:
Posts (Atom)