Friday, 25 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 11

TARIKH: 22 NOVEMBER 2016

 Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perbezaan antara sirah Rasulullah SAW dan Salafussoleh dalam beberapa aspek seperti ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah dan mas'uliyyah. Selain itu, saya turut mempelajari tentang betapa pentingnya wanita dan anak-anak, haiwan dan tumbuhan dalam Islam. Maka dengan itu, saya berazam untuk memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu di atas agar saya dapat mempraktikkan dan mengamalkan konsep-konsep yang baik di dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contoh, saya dapat mengambil konsep syura untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam masyarakat yang majmuk di Malaysia.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang sifat Al-mahabbah yang bermaksud berkasih-sayang. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sifat menyayangi dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. berkasih sayang merupakan satu sifat kemanusiaan yakni fitrah yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat. Sifat ini dapat mengikat hubungan kemesraan dan secara tidak langsung dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad dengki dan iri hati antara kaum,menghilangkan perasaan benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang apa yang kita perlu aplikasikan dalam kehidupan seharian. Antara sifat itu ialah, Al-tafahum, Al-Taruf, Al-taawun, Al-tadhamun, Al-ukhuwah dan Al-mahabbah. Di antara asas-asas ini, apa yang saya boleh lihat ialah kita sebagai satu masyarakat yang bersaudara perlu ada sikap saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sikap untuk menyayangi masyarakat lain tidak kira kaum apa sekalipun. Hal ini keraa kita sebagai rakyat yang hidup di dalam satu kelompok haruslah saling bertolak ansur.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-Ukhuwah iaitu persaudaraan dan perhubungan yang rapat seperti isi dan kuku. Apa yang saya belajar ialah persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Maka dengan ini,saya berazam untuk berbaik baik dan saling menyayangi sesama keluarga, saudara dan kawan-kawan demi menjamin hidup yang lebih bahagia dan disayangi. 
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-taaruf. Al-taaruf bermaksud berkenal-kenalan. Ia merupakan salah satu fitrah manusia untuk berkasih sayang dan saling berhubung antara satu sama lain. Sebagai contoh, daripada Nabi Adam dan Hawa, Allah menciptakan manusia yang berbilang bangsa, keturunan agama dan bahasa. Di sini, Allah menyuruh kita untuk berkenalan antara satu sama lain dan mempraktikkan perkara yang baik daripada satu-satu bangsa. Selain itu, jika ada kefahaman antara diri masing-masing setelah berkenal-kenalan, maka kesepakatan dan kedamaian akan dicapai.
     Oleh itu, saya berazam untuk saling kenal - mengenali dan meningkatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Ini kerana, ia dapat meluaskan pandangan saya dan tidak bersikap prejudis terhadap satu-satu kaum ataupun bangsa.  
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep Al-Ukhuwah yakni persaudaraan. Islam mengamalkan konsep ukhuwah antara satu sama lain. Persaudaraan yang diasaskan kepada iman dan takwa akan melahirkan peresaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesame manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri.

No comments:

Post a Comment