Friday, 25 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 11

TARIKH: 22 NOVEMBER 2016

 Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perbezaan antara sirah Rasulullah SAW dan Salafussoleh dalam beberapa aspek seperti ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah dan mas'uliyyah. Selain itu, saya turut mempelajari tentang betapa pentingnya wanita dan anak-anak, haiwan dan tumbuhan dalam Islam. Maka dengan itu, saya berazam untuk memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu di atas agar saya dapat mempraktikkan dan mengamalkan konsep-konsep yang baik di dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contoh, saya dapat mengambil konsep syura untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam masyarakat yang majmuk di Malaysia.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang sifat Al-mahabbah yang bermaksud berkasih-sayang. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sifat menyayangi dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. berkasih sayang merupakan satu sifat kemanusiaan yakni fitrah yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat. Sifat ini dapat mengikat hubungan kemesraan dan secara tidak langsung dapat menghapuskan permusuhan, perasaan hasad dengki dan iri hati antara kaum,menghilangkan perasaan benci-membenci dan permusuhan antara satu sama lain. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang apa yang kita perlu aplikasikan dalam kehidupan seharian. Antara sifat itu ialah, Al-tafahum, Al-Taruf, Al-taawun, Al-tadhamun, Al-ukhuwah dan Al-mahabbah. Di antara asas-asas ini, apa yang saya boleh lihat ialah kita sebagai satu masyarakat yang bersaudara perlu ada sikap saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Maka dengan itu, saya berazam untuk memupuk sikap untuk menyayangi masyarakat lain tidak kira kaum apa sekalipun. Hal ini keraa kita sebagai rakyat yang hidup di dalam satu kelompok haruslah saling bertolak ansur.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-Ukhuwah iaitu persaudaraan dan perhubungan yang rapat seperti isi dan kuku. Apa yang saya belajar ialah persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. Maka dengan ini,saya berazam untuk berbaik baik dan saling menyayangi sesama keluarga, saudara dan kawan-kawan demi menjamin hidup yang lebih bahagia dan disayangi. 
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang al-taaruf. Al-taaruf bermaksud berkenal-kenalan. Ia merupakan salah satu fitrah manusia untuk berkasih sayang dan saling berhubung antara satu sama lain. Sebagai contoh, daripada Nabi Adam dan Hawa, Allah menciptakan manusia yang berbilang bangsa, keturunan agama dan bahasa. Di sini, Allah menyuruh kita untuk berkenalan antara satu sama lain dan mempraktikkan perkara yang baik daripada satu-satu bangsa. Selain itu, jika ada kefahaman antara diri masing-masing setelah berkenal-kenalan, maka kesepakatan dan kedamaian akan dicapai.
     Oleh itu, saya berazam untuk saling kenal - mengenali dan meningkatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Ini kerana, ia dapat meluaskan pandangan saya dan tidak bersikap prejudis terhadap satu-satu kaum ataupun bangsa.  
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep Al-Ukhuwah yakni persaudaraan. Islam mengamalkan konsep ukhuwah antara satu sama lain. Persaudaraan yang diasaskan kepada iman dan takwa akan melahirkan peresaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesame manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri.

Saturday, 19 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 10

TARIKH: 15 NOVEMBER 2016


Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Prinsip-Prinsip Rukun Negara dan sebab rukun negara dibentuk, iaitu dibentuk disebabkan peristiwa 13Mei1969 dimana berlakunya rusuhan kaum sehingga terjadinya darurat. Majlis gerakan negara telah mengambil langkah untuk menangani tragedi seperti ini supaya tidak berulang lagi. Pelbagai iktibar yang boleh diambil dari peristiwa tersebut. Maka dengan ini, saya berazam untuk patuh kepada rukun negara supaya kita sesama rakyat Malaysia akan hidup dengan aman.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa:
  • Pada hari ini, perkara baru yang saya pelajari ialah tahap mentaliti orang melayu. Walaupun Malaysia adalah negara yang sedang menuju negara berpendapatan tinggi, namun masih ada lagi segelintir masyarakat kata masih dengan pemikiran ditahap lama. Contohnya seperti orang melayu kita kalau nak kaya kena banyak simpan duit tetapi Islam mengajar kita untuk lebih banyak bersedekah. Oleh itu saya berazam untuk lebih banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.
Syahmi Farhan bin Mustakim
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang penubuhan system pendidikan yang diusahakan oleh kerajaan untuk anak bangsa Melayu dan Bumiputera . Orginisasi RIDA yang bermaksud “ Rebut Ilmu Dan Amalkan” pada tahun 1950 oleh Dato’ Onn Jaafar merupakan salah satu usaha kerajaan. RIDA berkembang menjadi Maktab MARA seterusnya Institut Teknologi Mara (ITM) dan kini Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hal ini membuatkan saya sebagai pelajar UiTM berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.

Tuesday, 15 November 2016

SHARING BAB 6

Penghayatan Rukun Negara: Apa dan Bagaimana - Prinsip Rukun Negara yang pertama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kepercayaan kepada Tuhan?

1. Prinsip ini menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mestilah mempunyai pegangan atau anutan agama dan sistem kepercayaan.

2. Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta Alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

3. Individu yang percaya kepada tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.

4. Pegangan agama yang kukuh akan menjamin Malaysia satu bangsa negara yang berdaulat.

5. Kehidupan beragama membolehkan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang berkhlak mulia, bermoral dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

6. Melayu adalah golongan majoriti dan orang Melayu beragama islam, maka islam dipilih menjadi agama persekutuan sementara etnik lain bebas mengamalkan agama mereka secara harmoni.

Cara menghayati prinsip rukun negara yang pertama.

1. Melakukan amalan yang baik seperti yang dipraktikkan dari agama masing-masing.

2. Menghormati agama-agama lain.

3. Toleransi terhadap agama lain. Contohnya: Guru bukan Islam memberi ruang kepada pelajar Islam untuk solat dahulu  sebelum memulakan kelas.

Kesimpulan

Setiap rakyat di Malaysia mestilah mempunyai pegangan dan agama supaya segala perkara yang dibuat adalah berlandaskan agama dan kepercayaan masing-masing.

Wednesday, 9 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

SOALAN : DALAM WAWASAN 2020, TERDAPAT 9 CABARAN. ANALISAKAN SETAKAT MANA KEUPAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENGHADAPI 9 CABARAN TERSEBUT.

9 cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020 ialah:




Cabaran pertama



• Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat
  yang dikongsi bersama. iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di
   peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
   sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang
   mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.



Cabaran kedua



• Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada,
  dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.
  masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai
  kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada
  sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.



Cabaran ketiga



• Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan
  satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh
  menjadi contoh kepada banyak negara membangun.



 Cabaran keempat



• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai
 agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.



Cabaran kelima



• Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana
  masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat,
  kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama
  meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.



Cabaran keenam



• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
 mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang
 bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
 kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan



Cabaran ketujuh



• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu
  sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
  daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar
  kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang
   kukuh.



Cabaran kelapan



• Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu
  masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
  adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap
  rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak
  akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
  ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.



Cabaran kesembilan



• Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
  bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. 


- Secara keseluruhannya, ada sesetengah cabaran yang rakyat Malaysia tidak mampu menanganinya sebagai contoh cabaran satu, tiga, empat, tujuh dan lapan. Hal ini kerana, politik di Malaysia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Tambahan pula, kes-kes jenayah di Malaysia masih lagi berlaku pada kadar yang tinggi. Secara tidak langsung, nilai moral seperti saling menyayangi dan hormat menghormati tidak diterapkan secara sempurna. Ekonomi negara juga berada pada keadaan yang tidak stabil. Rakyat tidak tahu sama ada pengagihan kekayaan negara dibahagikan secara adil dan saksama. Hal ini dapat dilihat melalui jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya yang masih lagi besar. Perpaduan kaum di Malaysia telah dicapai tetapi ianya tidak tercapai secara sepenuhnya kerana ada segelintir masyarakat yang masih bersikap racist. 




SOALAN: BAGAIMANAKAH KERAJAAN MEREALISASIKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN SECARA ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.

Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan.

Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu.

Kerajaan telah mengusahakan strategi dimana DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif DPN ialah memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Antara startegi pelaksanaan DPN ialah:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
 
(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
 
(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
 
(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat












Tuesday, 8 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 9

TARIKH : 8/11/2016
SOALAN : Apakah ciri-ciri politik yang stabil?

1. Bebas dari unsur rasuah.
Rasuah adalah satu jenayah yang sangat besar dalam sesebuah negara. Kegiatan rasuah yang berleluasa akan menurunkan kredibiliti negara. Nasib orang yang tidak bersalah tidak akan terbela dan jenayah orang bersalah dapat ditutup dengan duit rasuah. Pemimpin serta para menteri haruslah menghindari rasuah supaya segala peraturan dan undang-undang di negara ini dapat dijalankan dengan adil. Negara akan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan jika gejala rasuah terus menular.

2. Pembangunan modal insan yang berkualiti.
Setiap individu di negara wajarlah untuk menjaga segala tingkah laku, berpendidikan, berdisiplin, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mempunyai keperayaan yang kukuh terhadap agama masing-masing. Kestabilan politik dan kualiti negara juga bergantung kepada tahap modal insan setiap individu. Jadi, rakyat memainkan peranan untuk menerapkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kestabilan politik dan kemajuan negara.

3. Rakyat memahami dan menerima sistem potlitik negara.
Pihak berkuasa perlu memberi pendedahan yang luas kepada rakyat tentang sistem politik negara agar tidak berlaku perselisahan faham. Apabila sistem politik tersebut dapat difahami oleh rakyat, pelaksanaan ke atas dasar-dasar baru dalam pentadbiran akan berjalan dengan lancar. Contohnya, Malaysia menggunakan sistem demokrasi. Rakyat seharusnya memahami dengan lebih mendalam tentang sistem ini kerana hal ini juga akan mempengaruhi untuk rakyat membuat pilihan dengan lebih tepat untuk mengundi.

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 9

TARIKH: 8 NOVEMBER 2016


Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik, maka dengan itu, saya berazam untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memilih pemimpin atau parti politik yang benar dan adil serta amanah dalam mentadbir negara. Saya juga berazam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang sesebuah parti politik sebelum membuat keputusan agar undian yang akan saya lakukan adalah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman saya terhadap parti politik mana yang lebih layak.
Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam mejaga kestabilan politik iaitu mengambil bahagian dalam pilihan raya, tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan memilih parti politik yang benar dan layak. Maka dengan itu, saya berazam untuk menjalankan peranan saya sebagai rakyat Malaysia demi menjamin kestabilan politik negara saya .
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik. Peranan rakyat amat penting dalam menjaga kestabilan politik negara kerana pemilihan pemimpin berada di tangan rakyat. Ianya dijalankan melalui pilihan raya. Maka dengan itu,saya berazam untuk memilih pemimpin dengan sebaiknya memandangkan pilihan raya yang terdekat ini adalah kali pertama saya mengundi.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen. 
 
SHARING BAB 4

PENYESUAIAN HIDUP DENGAN KEADAAN EKONOMI SEMASA 

Keadaan ekonomi di Malaysa seperti yang kita ketahui berada dalam keadaan yang tidak stabil. Antara perkara yang mungkin akan berlaku pada tahun 2016 ialah :-

  1. Pertumbuhan ekonomi negara mungkin berkurangan.
  2. Ringgit mungkin akan mencecah RM 4.59 kepada Dollar pada hujung tahun. 
  3. Harga minyak mungkin akan naik semula. 
  4. Kos sara hidup mungkin akan terus meningkat. 
  5. Pembuangan pekerja sektor minyak dan gas tidak akan bertambah buruk. 
  6. Definisi bajet mungkin lebih 3.1%
  7. Pinjaman anda diproses seperti biasa oleh OCBC. 
  8. Tidak mustahil Malaysia akan bajet semula sekali lagi. 
Oleh kerana keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, kita mestilah mengubah semula gaya hidup kita agar bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. 

Kita boleh mengambil contoh dari Rasulullah iaitu berusaha bersungguh-sungguh. Maksudnya di sini, kita perlulah berusaha mencari rezeki dengan tdak mengharapkan bantuan dari orang lain. Allah S.W.T akan membantu hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki. Mereka yang mencari rezeki dari titik peluh mereka lebih baik dari meminta-minta dari orang lain. Sifat orang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi pada masa yang sama tidak melalaikan tanggungjawab mereka untuk beribadah kepada Allah. Bekerja semata-mata tanpa matlamat yang jelas iaitu tidak menginfakkan harta ke jalan Allah akan menyebabkan seseorang mementingkan dunia semata-mata. 

Seterusnya ialah berbelanja secara sederhana. Oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, rakyat perlulah mengubah gaya hidup mereka agar sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Rakyat juga perlulah belajar berjimat dan berhemat. Rakyat yang mengalami masalah kewangan boleh  memanfaatkan kemudahan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menguruskan kewangan mereka. Rakyat juga boleh mendapatkan nasihat dari bank perdagangan tentang pinjaman. 

Seterusnya ialah menabung. Menabung merupakan amalan mulia. Setiap ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menabung juga boleh dijadikan sebagai satu pelaburan untuk pada masa akan datang. 

Monday, 7 November 2016

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8

SOALAN: ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN?

Antara tujuan-tujuan zakat ialah:
  1. Memiliki kecintaan terhadap harta kekayaan merupakan naluri manusia yang mendorongnya untuk sentiasa mempertahankan harta kekayaannya. Islam mewajibkan zakat sebagai pembersih hati manusia dari sikap rakus, pelit, dan tamak, juga untuk menghilangkan sikap mencintai dan ambisi terhadap dunia. Allah SWT berfirman, “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.” (At-Taubah: 103)
  2. Dasar memberikan zakat adalah empati dan rasa saling membantu. Kerana pada prinsipnya naluri manusia itu akan lebih dekat dan akrab kepada orang yang peduli dan berbuat baik kepadanya. Dengan begitu, akan terbentuk masyarakat muslim yang saling mencintai dan menolong seperti sebuah bangunan yang saling menumpang antara satu sisi dengan sisi lainnya sehingga dapat mengurangi kes pencurian dan tindakan kriminal lainnya.
  3. Dengan zakat, akan tercapai makna dan inti ibadah juga makna tunduk yang mutlak serta penyerahan diri yang sempurna kepada Allah, Tuhan semesta alam. Ketika orang kaya mengeluarkan zakat hartanya, maka pada hakikatnya dia telah melaksanakan perintah Allah dan telah mensyukuri nikmat Allah. Allah berfirman, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Ibrahim: 7)
  4. Zakat juga boleh mendukung tercapainya program jaminan sosial dan keseimbangan keadaan masyarakat, agar tidak ada jurang yang terlalu jauh antara si kaya dan si miskin. Dengan mengeluarkan zakat, maka kekayaan dan harta tidak hanya berada di kalangan tertentu saja, tapi akan merata di seluruh lapisan masyarakat. Allah berfirman, “Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Al-Hasyr: 7)
Berdasarkan tujuan-tujuan zakat di atas, zakat bukan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Malah, zakat bertujuan untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Zakat juga dapat mewujudkan rasa simpati dan ingin membantu antara satu sama lain. Secara tidak langsung, jurang tersebut dapat dirapatkan. Zakat bukan dilihat dari segi material sahaja, malah ianya lebih fokus kepada rohani seseorang.

KERJA MINGGUAN MINGGU KE 8

SOALAN: DENGAN MENGAMBIL KAEDAH PEMBANGUNAN EKONOMI RASULULLAH SAW, BINCANGKAN USAHA PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DIJALANKAN SEKARANG.

Kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW adalah
  1. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Penubuhan Baitulmal
  3. Pembinaan masjid
  4. Pembentukan Piagam Madinah
Usaha pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang adalah memastikan asas ekonomi benar-benar dijalankan dengan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh, riba'. Pada zaman Rasulullah SAW, Riba' adalah haram. Oleh itu, negara Malaysia tidak seharusnya mengamalkan konsep riba'. Walaupun, riba' merupakan salah satu pendapatan negara, akan tetapi ia dapat digantikan dengan cara dan alternatif yang lain.

Rasulullah SAW telah menubuhkan Baitulmal bagi menguruskan kewangan negara. Namun begitu, Baginda tidak mengamalkan konsep ini kerana pada waktu itu, sumber ekonomi terbatas. Khalifah Uthman kemudiannya dilantik untuk memegang kunci baitulmal, tetapi pelaksanaannya tidak menyeluruh. Sistem Baitulmal digunakan oleh Khalifah Umar kerana harta negara Islam semakin bertambah. Pada zaman ini, sistem Baitulmal masih dijalankan, namun begitu sistem tersebut tidak dijalankan dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membaiki pembangunan ekonomi sekarang, kita perlu memahami konsep Baitulmal dengan lebih mendalam supaya harta negara Islam dapat digunakan dengan sebaiknya.

Pembinaan masjid ketika zaman Rasulullah SAW bukan sahaja bertujuan untuk beribadah, akan tetapi ianya turut digunakan untuk menjalankan perniagaan. Terdapat aktiviti jual-beli dijalankan di sekitar masjid. Hal ini dapat diterapkan pada zaman sekarang di mana sekiranya terdapat peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti jual beli di sekitar masjid, kita tidak seharusnya melarang mereka. Malah, ianya patut digalakkan selagi tidak menggangu ketenteraman masjid.

Pada zaman Rasulullah SAW, Piagam Madinah telah dibentuk di mana amalan sedekah dan kewajipan zakat dilaksanakan. Perkara ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan hidup. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara. Pada zaman ini, perlembagaan Malaysia dibentuk dan turut mengamalkan konsep zakat. Namun begitu, perlembagaan Malaysia memberi fokus kepada sistem pungutan cukai. Cukai yang tinggi membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan Malaysia perlu mengenakan cukai yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat.







SOALAN: NILAIKAN TAHAP EKONOMI MALAYSIA DARI TAHUN 2014-2016 BERDASARKAN UKURAN KUANTITI DAN KUALITI


2014

Ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus. Pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.
 Kekuatan negara termasuk asas makroekonomi yang kukuh seperti ekonomi yang pelbagai; kadar pengangguran yang rendah; rizab antarabangsa yang kukuh; peningkatan peranan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan dengan menyumbang sebanyak 68.9% daripada jumlah pelaburan dalam tempoh separuh pertama 2014; dan sistem kewangan yang teguh untuk menyokong aktiviti ekonomi.

 Pada 2014, ekonomi dijangka berkembang 5.5% hingga 6% (2013: 4.7%) lebih tinggi berbanding unjuran 4.5% hingga 5.5% yang dibuat pada awal 2014. Negara turut mencatatkan surplus sebanyak 4% pada tahun 2014 menunjukkan kerajaan mempunyai lebihan wang pada kewangannya. Ini membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya dan ia menurun dari 54.7% KDNK kepada 53.9% di penghujung 2014.

2015

 Pertumbuhan KDNK tahun 2015 berada pada tahap 4.5-5.5 %. Pada tahun lalu KDNK berada pada tahap 5-6% iaitu kurang 1.4 % sahaja berbanding negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Dalam sektor luar negeri, akaun semasa imbangan pembayaran diunjurkan kekal dalam kedudukan lebihan sebanyak RM21.4 billion atau 2-3% daripada pendapatan negara kasar (PNK).

  Inflasi dijangka berpurata sebanyak 2-3% pada tahun 2015 (2014:3..2%) disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah. Keadaan pasaran guna tenaga kekal mantap, dengan kadar pengangguran sebanyak 3%. Permintaan dalam negeri dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 6%), diterajui oleh perbelanjaan sektor swasta.
 Penggunaan swasta diunjurkan berkembang sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 7.1%). Kenaikan gaji sebanyak 5.8% pada tahun 2015 (2014: 5.4%). Pada tahun 2015, kadar pengangguran diunjurkan kekal stabil pada 3% (2014: 2.9%).


2016

 Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. OCBC menjangka ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

 OCBC menjangka harga minyak mentah akan meningkat sedikit kepada US$35 suku pertama tahun ini, diikuti kepada US$40, US$45 dan US$50 setiap suku sehingga suku keempat 2016. OCBC meletakkan unjuran harga tersebut bagi kedua-dua penanda aras Brent dan WTI. Inflasi dan kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan inflasi ke atas barangan yang diimport.


 Defisit bajet berlaku apabila kerajaan berbelanja lebih dari pendapatannya. Tahap defisit bajet yang sihat bagi negara membangun adalah 5%, bermakna perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan sebanyak 5%. Malaysia berharap untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.1% bagi 2016. Defisit bajet mungkin berada pada paras 3.4 atau 3.5% bagi 2016, bukan 3.1%. Defisit yang lebih tinggi juga pada masa yang sama bermakna, akan ada pemotongan perbelanjaan.














disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 8

TARIKH: 1 NOVEMBER 2016


Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perbezaan teori revolusi Islam dan Barat di mana Zaman Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik zaman manakala bagi Barat, zaman kini adalah terbaik bagi mereka. Maka dengan itu, saya berazam untuk mengikuti pembangunan zaman terkini namun menggunakannya ke arah yang baik kerana Islam tidak menyekat perubahan yang bagus.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Teori Evolusi oleh Charles Darwin di mana perubahan dianggap baik. Dalam konteks Barat, perubahan yang dianggap baik selepas berubah itu ialah dari segi material sahaja. Tetapi, Islam menerima perubahan dari Barat tetapi tentang keduniaan sahaja. Maka dengan itu, saya berazam untuk menghayati dan mengikuti perkembangan terkini selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.
Nur Fatin Atikah Binti Romeli:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang konsep hudud. Konsep hudud adalahhukuman yang ditetapkan oleh Allah dan ianya adalah hak Allah. Untuk melaksanakan hudud, ilmu yang mendalam diperlukan. Oleh itu, saya berazam untuk mempelajari tentang hukum hudud dan melihat sejauh mana kesesuaian hukum tersebut untuk dilaksanakan di Malaysia.
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  •  Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang undang undang jenayah dalam islam. Hukuman yang paling menarik merhtian saya ialah hukum hudud dimana hukum hudud ini ialah hak Allah dan telah diterangkan dalam al-Quran. Sebelum ini saya hanya tahu secara ringkas tentang hudud dan pernah menganggap hudud sebagai hukuman yang sangat tegas. Tapi setelah mempelajarinya dalam kelas CTU555 bersama Ustazah Mahfuzah, saya mendapat pencerahan bahawa terdapat banyak syarat sebelum seorang individu yang bersalah sebelum dikenakan hukum hudud. Contohnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 saksi untuk membuktikan seseorang itu melakukan zina untuk diteruskan dengan hukum rejam sampai mati atau sebat 100 kali terhadap penzina. Hukuman tidak akan diteruskan jika tidak mempunyai 4 saksi. Saya percaya bahawa masyarakat kita juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam ilmu hukum hudud. Oleh itu, saya berazam mendalami lagi tentang undang-undang dalam Islam terutamanya hukum hudud dan cuba untuk mengubah persepsi orang lain tentang hudud kerana masyarakat selalu menganggap hudud ini adalah hukuman  yang sangat kejam, sedangkan jika kita mempelajari hudud dengan betul, ia adalah hukum yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukan.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang  Perlembagaan Malaysia, siapa yang menggubal undang – undang dan macam mana ianya dibahaskan. Oleh itu, saya akan lebih berhati – hati untuk memilih pemimpin pada pilihan raya yang akan datang.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang ada di Malaysia. Tidak kurang juga mengenai hukum Hudud. Adakah perlaksanaan hukum Hudud bersesuian dilaksanakan di Malaysia dan sejauh mana pengetahuan hukum Hudud oleh rakyat Malaysia.