Golongan Kaum Di Madinah
Penduduk Madinah ada 3 golongan iaitu:
v Kaum muslimin yang terdiri dari
kaum Muhajirin dan Ansar, dan ini
adalah kelompok majoriti.
v Kaum
musyrikin iaitu orang-orang suku kaum
Aus dan Kharaj yang belum masuk Islam
v Kaum
Yahudi yang terdiri dari empat kelompok
Piagam Madinah
• Piagam
Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah melibatkan perjanjian
antara penduduk Madinah (muhajirin dan ansar) dan antara kaum islam dan yahudi.
• Piagam
Madinah dianggap perlembagaan bertulis pertama di dunia.
• Digubal
berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu.
• Baginda
membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah.
• Hukum
Islam ditegakkan keatas semua orang, termasuk non muslim di luar perkara ibadah
dan aqidah.
Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara yang berikut
:
• Perjanjian
yang berkaitan dengan golongan muslimin
• Perjanjian
yang berkaitan dengan golongan yahudi
• Perjanjian
yang berkaitan dengan golongan musyrikin
• Perjanjian
yang melibatkan semua pihak berkaitan dengan peraturan -
peraturan umum
Piagam Madinah juga memberi garis panduan tentang dasar
pentadbiran negara Islam iaitu:
• Nabi
Muhammad ialah pemimpin masyarakat
• Wahyu
Allah merupakan sumber utama undang-undang negara
• Masyarakat
Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka
• Semua
anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama
• Fungsi
sahifah adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kepada orang bukan
Islam.