Monday, 12 December 2016

Sharing Bab 3 Hubungan Kaum Dimadinah

Golongan Kaum Di Madinah
Penduduk Madinah ada 3 golongan iaitu:
v  Kaum muslimin yang terdiri dari kaum Muhajirin dan Ansar, dan ini    adalah kelompok majoriti.
v  Kaum musyrikin iaitu orang-orang suku  kaum Aus dan Kharaj yang belum masuk Islam
v  Kaum Yahudi yang terdiri dari empat kelompok
                                         
Piagam Madinah
       Piagam Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (muhajirin dan ansar) dan antara kaum islam dan yahudi.
       Piagam Madinah dianggap perlembagaan bertulis pertama di dunia.
       Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu.
       Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah.
       Hukum Islam ditegakkan keatas semua orang, termasuk non muslim di luar perkara ibadah dan aqidah.

Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara yang berikut :
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan muslimin
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan yahudi
       Perjanjian yang berkaitan dengan golongan musyrikin
       Perjanjian yang melibatkan semua pihak berkaitan dengan peraturan -
               peraturan umum

Piagam Madinah juga memberi garis panduan tentang dasar pentadbiran negara Islam iaitu:
       Nabi Muhammad  ialah pemimpin masyarakat
       Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara
       Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka
       Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama

       Fungsi sahifah adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kepada orang bukan Islam.

Sharing Bab 7 Survival Melayu -Pendidikan


        Kerajaan berperanan untuk memastikan survival Melayu dan Bumiputera terus terjamin melalui sistem pendidikan. Hal ini supaya orang Melayu mampu mencapai mutu pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, berdaya saing dan setaraf di peringkat antarabangsa.

       Kerajaan berhasrat supaya orang Melayu dapat mengubah taraf hidup dari belenggu kemiskinan kepada yang lebih baik. Melalui sistem pendidikan , dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang menceburi bidang professional dan semi professional yang diiktiraf oleh dunia seperti doktor , jurutera, akauntan dan lain lagi.

      Sejarah pendidikan orang Melayu bermula di era 1950an dengan bantuan Dato' Onn Jaafar.

  • Membina satu organisasi yang dapat membantu dan melatih orang Melayu.
  • Memberi latihan dan kemahiran kepada orang Melayu miskin luar bandar untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi supaya orang Melayu dapat mengambil bahagian dalam dunia perdagangan moden.
  • Ekoran inisiatif tersebut, maka lahirlah RIDA iaitu Rural Industrial Development Authority di bawah MARA dengan motto "Rebut Ilmu Dan Amalkan". 
RIDA ditubuhkan pada November 1950. Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai pengerusi pertama. 1956 dibawah seliaan En. Abdul Samad bin Ibrahim, terdapat dua pusat latihan.
  • Dewan Latihan RIDA di Petaling Jaya.
  • Taman Asuhan RIDA di Kuala Lumpur
         RIDA mempunyai dua kursus iaitu jangka panjang dan jangka pendek berkembang menjadi Maktab MARA pada 1965. Bidang yang ditumpukan ialah perniagaan dan pengajian professional. Pada 1 December 1965 Tan Sri Arshad Ayob dilantik sebagai pengetua Maktab MARA.

        Maktab MARA terus berkembang menjadi Institut Teknologi MARA (ITM). ITM terus berkembang dan bilangan pelajar meningkat dan lebih 60 program pengajian ditawarkan. Kini ITM dinaik taraf sebagai Universiti dengan nama UITM.

       UITM telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 1999 dan Yang diPertuan Agong menjadi canselor kepada UITM sebagai status simbolik peranan YDP Agong sebagai pembela hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Sunday, 11 December 2016

Sharing Bab 8

AL-UKHUWWAH

Maksud: 
  • persaudaraan
  • perhubungan yang rapat seperti mempunyai ikatan tali persaudaraan
  • hubungan akrab seperti ibarat isi dengan kuku

Firman Allah swt : "maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman" (surah Al-anfal :1)

  • ikatan ukhuwwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan di antara satu sama lain
  • tidak ada beza di antara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui
Masyarakat plural:
  • mengamalkan konsep persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa bertepatan dengan tuntutan Islam akan mencapai kejayaan dalam menyatupadukan masyarakat berbanding bersandarkan kepada material, pertalian darah atau kesukuan.
Abdullah Nasih Ulwan:
  • persaudaraan sebagai satu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang sifat belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri. 
  • persaudaraan yang berasaskan kepada iman dan takwa akan melahirkan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti saudaranya sendiri.








REFLEKSI INDIVIDU MINGGU KE 12

TARIKH: 7 DISEMBER 2016

 Nik Nalissa Binti Mohd Nasir:


  • Sepanjang projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya adalah betapa lekanya rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri terhadap lagu Kebangsaan Malaysia. Terdapat kemungkinan besar bahawa rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa aksi mereka dengan tidak berdiri dengan tegak ataupun dengan tidak menyanyikan lagu ini secara penuh bersemangat menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati lagu Negaraku. Setelah menyiapkan projek ini, saya sebagai rakyat Malaysia, menyedari betapa susahnya bagi pemimpin kita yang terdahulu untuk mencari sebuah lagu untuk mewakili negara Malaysia. Tidak mudah bagi mereka untuk menentukan irama, melodi, rentak lagu dan seni kata bagi sebuah lagu yang kini dijadikan sebagai Lagu Kebangsaan Malaysia, iaitu lagu Negaraku. Oleh itu, tidak sepatutnya rakyat Malaysia untuk terus berada dalam kelekaan mereka tentang lagu Negaraku. Maka dengan itu, saya berazam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang negara Malaysia agar saya tidak akan lagi mengambil mudah tentang hal-hal penting yang berkaitan dengan negara saya. Selain daripada usaha di atas, saya juga akan berdoa kepada Allah SWT untuk menjaga kesejahteraan negara Malaysia. Saya akan berdoa dan bergantung kepada Allah SWT atas segala perkara yang berlaku kerana saya tahu sejauh manapun kita merancang, hanya Allah akan menentukan segala-galanya.

Aina Wafa Binti Roszeman:
  • Sepanjang saya menyiapkan projek ini, saya terkesan dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang tidak menghormati bendera Malaysia. Berdasarkan video yang telah saya bentangkan, ianya menunjukkan bahawa sesetengah rakyat Malaysia tidak mempedulikan bendera Malaysia yang jatuh di atas lantai. Hal ini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap individu kerana ianya merupakan tanggungjawab setiap orang untuk meghormati bendera Malaysia. Bendera Malaysia merupakan simbolik negara. Ianya juga merupakan maruah negara. Apabila kita hanya menghiraukan bendera Malaysia di atas lantai dengan memijak ataupun melangkah bendera ibarat kita membiarkan maruah negara kita dipermainkan begitu sahaja. Oleh yang demikian, antara perkara yang telah saya belajar sepanjang menyiapkan projek ini ialah kita haruslah menghormati bendera Malaysia kerana ianya merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia. Cara-cara untuk menghormati bendera Malaysia ialah dengan mematuhi adab dan tertib bendera Malaysia. Antaranya ialah tidak membiarkan bendera di atas tanah ketika hendak menaikkannya dan juga tidak membiarkan bendera yang koyak bekibaran. 

Nur Fatin Atikah Binti Romeli:

  • Sepanjang saya membuat projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya ialah tentang penghinaan lagu negaraku. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui adanya orang yang mengubah lagu Negaraku itu sendiri kepada lirik yang tidak sepatutnya. Jadi apabila membuat projek ini, saya baru menyedari bahawa ada orang yang mengubah lagu asal Negaraku. Saya juga mendapat kesedaran bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya menghina negara kita sendiri seperti apa yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, satu perkara lagi yang memberi kesan kepada saya ialah tentang penghinaan kepada Jalur Gemilang. Seperti yang dapat dilihat dalam video projek, terdapat isu negatif di mana rakyat Malaysia sendiri bertindak mengabaikan Jalur Gemilang yang jatuh di pasaraya kompleks. Sekiranya saya berada di tempat mereka, saya juga mungkin bertindak seperti mereka dengan mengabaikan Jalur Gemilang yang jatuh. Jadi dengan melakukan projek ini, saya menyedari bahawa kita tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Kesedaran tentang menghormati negara sendiri perlu diterap. Apabila kita mengabaikan perkara sebegitu atau dengan memijak Jalur Gemilang, orang luar yang memandang akan perkara ini pasti terfikir sesuatu. Mereka pasti merasakan bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak menghormati negara mereka jadi kenapa mereka sebagai orang luar perlu hormat?
Najwatul Nabila Binti Munajar:
  • Sepanjang projek ini, perkara yang paling memberi kesan kepada saya adalah tentang isu perpaduan di negara kita. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu tentang sebab perbentukan Rukun Negara dan sejarah tentang tragedi 13 Mei 1969. Melalui projek ini, saya telah membuat kajian dan pembacaan dengan lebih mendalam tentang peristiwa 13 Mei. Apa yang menyayat hati saya adalah apabila masalah perpaduan pada waktu tersebut sehingga kaum Melayu dan Cina bergaduh menyebabkan ramai yang terkorban. Tragedi tersebut telah saya ambil iktibar untuk waktu sekarang. Saya tidak dapat membayangkan jika tragedi itu berulang lagi. Bagi saya, peristiwa tersebut terjadi kerana sikap dengki dan prejudis terhadap kaum lain sedangkan berada di negara yang sama. Kita sepatutnya bersangka baik dan positif terhadap kaum lain untuk mengelakkan perbalahan. Setiap kaum ada keistimewaan masing-masing. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu-padu, toleransi sesama kaum dan patuh kepada prinsip Rukun Negara kita. Saya berazam untuk tidak memandang rendah terhadap kaum lain dan akan mengubah persepsi orang lain untuk tidak memandang kaum Cina dan India sebagai orang asing kerana mereka juga ialah rakyat Malaysia dan bersama orang Melayu semasa zaman sebelum merdeka lagi.
Mohd Nazeerul bin Mat Isa

  • Sepanjang saya menyiapkan projek ini, perkara yang paling memberi kesan terhadap saya ialah mengenai betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan negara yang telah sedia ada. Setiap orang mestilah bertanggungjawab untuk menjaga nama negara dan terus berbakti kepada negara yang tercinta. Selain itu, sepanjang saya menyiapkan projek tugasan ini, saya juga mendapati timbulnya pelbagai masalah seperti gejala sosial dan sebagainya adalah disebabkan kurangnya penghayatan rakyat terhadap bendera Malaysia, lagu negaraku dan rukun negara. Hal ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan terhadap negara kita dan menyebabkan negara kita dipandang enteng dimata dunia. Oleh itu, saya berazam untuk terus meningkatkan cinta saya terhadap negara dan in sya Allah suatu hari nanti saya akan mengharumkan negara dimata dunia.
Syahmi Farhan Bin Mustakim:
  • Sepanjang projek ini, Jalur Gemilang yang merupakan bendera Malaysia simbolik kepada imej Negara tidak pernah diambil tahu oleh saya. Yang bermain difikiran saya hanyalah Jalur Gemilang dikibarkan pada Hari Kemerdekaan dan hanyalah cuti umum yang dinanti-nantikan. Melalui proses penyiapan projek ini, telah memdedahkan saya kepada sejarah Jalur Gemilang. Sambil itu, saya mendapati isu-isu negatif yang berlaku mengenai Jalur Gemilang, yang dilakukan oleh rakyat sendiri dan rakyat luar. Antaranya ialah rakyat sendiri yang tidak mengendahkan tentang bendera Malaysia yang jatuh dilantai atau rakyat Indonesia yang telah membakar bendera Malaysia. Hal ini telah membuatkan saya berasa kecewa dan marah. Akan tetapi ada juga isu yang positif seperti Jalur Gemilang yang dikibarkan di persada dunia oleh hero-hero Negara justeru mengharumkan nama Negara. Jalur gemilang bukan sekadar bendera tetapi ia simbolik perpaduan dan imej Negara. Saya berharap agar rakyat Malaysia sedar akan perkara ini dan berinisiatif untuk mencari maklumat mengenai sejarah Negara justeru cintakan Negara. Perbuatan kita terhadap bendera Negara kita secara tidak langsung menggambarkan pengertian kita terhadap Negara Malaysia kita.